Pembedahan kali kedua Connie berjaya.
PELAKON era-80 an Norlida Ahmad selamat menjalani pembedahan membuang nanah di dalam buah pinggangnya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada Sabtu lalu.
Anak perempuannya iaitu Ally Marisha Afrina berkata, nanah sebanyak 400 mililiter berjaya dikeluarkan namun sedang menunggu luka bahagian pembedahan itu pulih sebelum dapat dijahit semula.
"Alhamdulillah pembedahan berjaya dan nanah sebanyak 400 mililiter dapat dikeluarkan.
Ally memberitahu keadaan ibunya kini stabil.
"Kini mak saya sedang berehat sementara menunggu luka tempat pembedahan itu pulih sebelum dapat dijahit semula," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Ally memberitahu Norlida masih perlu mendapatkan rawatan lanjut dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.
Katanya, doktor menganggarkan ibunya masih perlu berada di wad selama empat ke enam minggu lagi untuk memastikan keadaannya benar-benar puih.
"Mungkin dalam empat ke enam minggu lagi ibu akan keluar tapi sekarang dia sudah pun dipindahkan ke wad pembedahan," jelasnya.
Sebelum ini, Ally memaklumkan Norlida ditahan semula di hospital tersebut apabila masih terdapat baki nanah dalam buah pinggang walaupun sudah melakukan pembedahan sebelum ini.
Norlida akan terus mendapat rawatan di hospital dalam tempoh enam minggu lagi.
Pembedahan yang dilakukan Norlida atau lebih mesra dengan sapaan Connie pada Ogos lalu gagal apabila berlaku komplikasi.
Terdahulu, mStar melaporkan dramatis itu mengalami demam berpanjangan sebelum mendapat rawatan lanjut di hospital pada 12 Ogos 2023.
Selepas seminggu menerima rawatan, doktor memaklumkan Norlida menderita masalah buah pinggang bernanah.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.