Seorang gadis ditinggalkan berseorangan di sebuah stesen minyak.
PELBAGAI kisah dan ragam dapat kita lihat dalam sesebuah hubungan percintaan yang terjalin.
Setiap insan terutamanya kaum Hawa pasti mahukan pasangan yang boleh mencurah sepenuh kasih sayang dan melayan dirinya dengan baik dan penuh rasa hormat.
Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki berasa simpati apabila melihat seorang gadis duduk berseorangan di tepi jalan berhampiran stesen minyak dipercayai di Setapak, Kuala Lumpur.
Seorang lelaki prihatin dengan nasib gadis yang ditinggalkan di stesen minyak.
Menurutnya, gadis itu ditinggalkan teman lelakinya di stesen minyak berkenaan sekitar pukul 6.30 petang selepas berlaku konflik antara mereka.
"Aku baru lepas buang air di stesen minyak ni, aku dah lima minit duduk dalam kereta, aku duduk perhati ada adik ni duduk seorang diri.
"Aku ringankan mulut tanya dia ada masalah apa-apa ke, tengah tunggu siapa, rupanya dia cakap kena tinggal dengan lelaki. Siapa lelaki tu aku tak tahu la.
"Tapi memang tak guna betul lelaki tu, kau dah bawa anak orang, kau pandai la hantar balik. Apabila aku nampak adik tu duduk menangis, aku rasa kesian sampai nak carut lelaki yang buat dia macam ni.
"Harap suatu hari nanti kau ada anak, dan orang buat benda sama dekat anak kau, baru kau rasa," kata lelaki itu melepaskan geram.
Tambahnya lagi, gadis tersebut juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang semula ke rumah.
Baiknya hati abang tolong dia, semoga abang dipermudahkan segala urusan.
WARGA MAYA
"Dia nak balik pun duit tak ada, aku tanya dia katanya tinggal Sentul, Kuala Lumpur," ujarnya.
Prihatin dengan nasib gadis tersebut, lelaki itu menawarkan bantuan untuk menghantarnya pulang.
"Aku ada cuba bagi duit untuk dia balik ke rumah, tapi dia tak nak ambil. Aku nak hantarkan dia balik pun dia tak nak juga, mungkin dia tengah trauma dan takut.
Sebahagian komen warga maya.
"Jadi aku tunggu je dekat situ sampai kawan dia jemput, tolong tengok-tengokkan risau ada apa-apa yang buruk jadi," kata lelaki tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji keprihatinan lelaki tersebut.
"Baiknya hati abang tolong dia, semoga abang dipermudahkan segala urusan.
"Teringat dulu zaman aku keluar dating, kawan ada pesan bawa duit lebih, kalau kena tinggal tak ada la mati kutu nak balik macam mana," kata sebahagian warga maya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.