Penuh Satu Raga Motor, Abang Tukang Baca Meter Tak ‘Lokek’ Sedekah Makanan Pada Kanak-Kanak


Penuh Satu Raga Motor, Abang Tukang Baca Meter Tak ‘Lokek’ Sedekah Makanan Pada Kanak-Kanak

Setiap pekerjaan yang diamanahkan perlulah dilaksanakan sebaik mungkin meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

Seperti sedia maklum, setiap kerjaya mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. Ia bergantung pada diri sendiri bagaimana cara untuk ‘berdamai’ dengan kerjaya yang diceburi.

Secara tidak langsung, barulah timbul rasa cinta akan pekerjaan yang dilakukan.

Begitulah yang diadaptasikan oleh seorang pembantu pengebilan di sebuah syarikat, Ranhill SAJ di Kota Tinggi yang tidak lokek memberi makanan dan minuman pada kanak-kanak setiap kali menghantar bil air di rumah mereka.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Zainal Abidin Muhamad di akaun TikTok @zainalsaj, memaparkan sikapnya yang murah hati itu.

Dalam menjalankan tugasnya, Zainal juga dilihat memberi air kotak milo dan gula-gula kepada kanak- kanak yang mengambil bil tersebut.

Sewaktu dihubungi SK, Zainal berkata dia telah bekerja sebagai pembantu pengebilan selama hampir 11 tahun. Idea untuk membawa bersama makanan dan minuman sewaktu bekerja itu bermula tujuh tahun lalu.

“Bermula tujuh tahun lepas, pekerjaan saya ni akan sentiasa berjumpa dengan budak-budak bila baca meter air. Tidak kira di mana-mana kawasan,” jelasnya.

Tambah Zainal,  setiap kali menyerahkan bil air di setiap rumah, kanak-kanak yang akan datang mengambilnya. Bermula dari situ, Zainal tergerak hati untuk membawa ‘hadiah’ dan memberikannya kepada mereka.

“Yang mana keluar ambil bil, saya akan berikan jajan,” katanya lagi.

Menurut Zainal, kebiasaannya dia akan membawa sebalang lolipop yang dicampurkan dengan coki-coki.

“Dalam sehari, saya akan bawa sebalang lolipop dicampur coki-coki. Air kotak milo selalunya ada yang infakkan.

“Saya cuma sampaikan niat follower saya. Air kotak tak boleh bawa banyak disebabkan saya bawa motor. Box belakang pula penuh dengan letak helmet dan baju hujan.

“Jadi saya letakkan jajan dalam raga depan bersama mesin bacaan. Dalam satu hari, enam kotak saya bawa air milo,”  katanya.

Jelas lelaki itu lagi, sewaktu hari biasa, dia tidak membawa banyak makanan bersama kerana kanak-kanak bersekolah.

“Kebiasaannya, hari biasa, budak-budak ke sekolah. Jadi kalau bawa banyak pun mereka takde. Yang meriah ketika cuti hujung minggu atau cuti umum. Jadi, saya akan bawa lebih dari biasa,” ucapnya.

Ketika ditanya mengenai tindakannya itu, Zainal berkata usaha yang dilakukannya adalah semata-mata dengan niat bersedekah.

“Betul, niat saya untuk sedekah mengikut kemampuan, dalam masa yang sama kita pun rasa seronok bila mereka hargai apa yang kita beri. Kerja pun takdela stress,” kata Zainal.

Video-video yang dimuatnaik olehnya sentiasa mendapat perhatian ramai di TikTok. Rata-rata memuji sikapnya yang rajin bersedekah.

@zainalsaj kita terlupa harta yang nak dibawa tq yg mana infakkan jajan untuk adik2 semua..#abgmeterair #tqfollower #followers😘thanku🙏🙏❤️❤️❤️ #sahamakhirat #rezekidariallah ♬ AMIR UKAYS kita akan di jemput - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Sumber: TikTok @zainalsaj / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post