Rumah besar tapi pelik tiada orang gaji... Rupanya anak-anak jadi ‘bibik’, jawapan suami isteri ini paling ‘deep’


Salah seorang anak Mohd Yazid membantunya membersihkan laman. -Gambar FB Mohd Yazid Ismail

BAK kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Apa saja perkara atau sikap yang mahu diterapkan supaya dijadikan amalan oleh anak-anak, sebaik-baiknya bermula dari waktu mereka masih kecil.

Mungkin bagi sesetengah pasangan suami isteri yang berkemampuan, mereka boleh mengambil pembantu rumah untuk melakukan setiap kerja rumah serta menguruskan anak-anak.

Secara tidak langsung, anak-anak sudah terbiasa 'goyang kaki' sehingga ada kalanya kekok melakukan tugasan yang mudah sehingga menginjak usia remaja.

Namun tidak bagi pasangan ini yang tidak mengambil orang gaji, sebaliknya semua anak-anak dilatih menjadi 'bibik'.

Anak-anak yang dibiasakan dengan kerja rumah akan membesar menjadi seorang yang berdikari. -Gambar hiasan

"Ada seorang cikgu datang ke rumah kami untuk ambil barang. Sambil tu, dia minta izin untuk buat 'house tour'. Dia tanya rumah besar macam ni ok ke tak ada bibik?

"Alhamdulillah kami ada empat 'bibik' sekarang. Nanti tahun depan akan bertambah jadi lima 'bibik'.

"Anak-anak bila dah masuk umur tujuh tahun kami ajar mereka buat kerja rumah sendiri, jadi macam bibik. Kami ada enam anak. Sulung berusia 15 tahun, bongsu pula berumur dua tahun.

"Anak-anak jika di'bibik'kan dari awal, mereka akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab," tulis lelaki bernama Mohd Yazid Ismail dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurutnya, sebaik anak berusia tujuh tahun, mereka sudah diajar melakukan tugasan mudah seperti mencuci pinggan mangkuk dan menggosok baju.

"Ini termasuk membersihkan tempat makan masing-masing. Kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah, kena pastikan bersih selepas selesai makan.

"Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak usia lima tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak dia buat.

"Kami tak nak anak-anak ada penyakit 'princess syndrome' (manja) yang menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang 'common sense' dalam hidup mereka," ujarnya.

Jangan terlalu sayangkan anak-anak sampai menjadikan mereka raja dan permaisuri.

NETIZEN

Menurutnya, setiap anak sama ada lelaki mahupun perempuan tetap dilatih melakukan perkara yang sama dan tidak berat sebelah.

Malah katanya lagi, sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira.

"Bukan setakat kemas bilik sendiri, kadang mereka ketuk pintu bilik tidur utama, kemudian minta izin untuk kemaskan bilik abah mama sekali.

"Kalau anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah akan jadi kelam kabut, kotor, sinki penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat.

"Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Apabila anak-anak jadi raja, ibu bapa pula akan jadi hamba sampai tua," tulisnya lagi.


Antara komen netizen terhadap perkongsian Mohad Yazid.

Hantarannya di Facebook sehingga kini dikongsi lebih 630 kali.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian berkenaan, malah ada yang berkongsi kisah masing-masing.

"Sangat setuju cara didikan begini... jangan terlalu sayangkan anak-anak sampai menjadikan mereka raja dan permaisuri yang menyebabkan mereka dewasa nanti langsung tak tahu nak buat apa pun. Cuma pandai mengarah je.

"Lagi satu, jangan biar anak tinggal dengan nenek dan datuk dari kecil hingga dewasa sebab anak macam ni susah nak bentuk sebab dah terlalu dimanjakan," demikian antara komen netizen.

Smber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post