Sejak semalam, tular video satu keluarga membawa beg berjalan kaki menuju ke pintu masuk Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) demi hantar anak masuk universiti ketika sesi pendaftaran pelajar baru.
Jalan kaki bawa beg anak masuk universiti
Difahamkan, video yang dikongsi oleh akaun TikTok (UMPSA) itu memperlihatkan satu keluarga dari Sarawak membawa bagasi pakaian serta kelengkapan untuk salah seorang ahli keluarga yang berjaya memasuki universiti tersebut.
Menerusi kapsyen, pada awalnya pihak universiti menyangka bahawa kenderaan yang mereka naiki rosak, tetapi rupanya mereka memang berjalan kaki selepas turun dari bas menuju ke lokasi pendaftaran.
“Dari jauh nampak satu family ni jalan kaki tengah-tengah panas. Ingatkan kereta rosak. Sedihnya tengok panas-panas jalan kaki tolak beg disaat yang lain naik kereta.
Pihak UMPSA segera ambil naik kereta
Susulan daripada itu, pihak universiti bergegas mendapatkan kenderaan untuk mereka membawa beg dan barangan lain masuk ke kampus agar tidak terus berjalan kaki memasuki kawasan universiti.
“Bila ditanya mereka katanya datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA. Pihak UMPSA bergegas carikan kereta untuk mereka masuk ke dalam kampus,”
Ibu bapa yang hebat!
Sudah tentu kegigihan mereka terutamanya ibu bapa pelajar berkenaan dipuji lebih-lebih lagi sanggup berpanas serta bersusah payah demi pendidikan anak tersayang.
“Hebatnya kasih ayah dan ibu teman anak masuk U,” tulis kapsyen di video berkenaan.
Difahamkan, sesi pendaftaran untuk para mahasiswa baru di UMPSA telah berlangsung dan pihak universiti begitu mengalu-alukan kehadiran mereka.
UMPSA juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
@umpsamalaysia Seluruh warga UMPSA mengucapkan Selamat Datang dan Tahniah kepada semua bakal mahasiswa baharu sesi akademik 2023/2024. Terima Kasih memilih UMPSA sebagai destinasi Pendidikan Tinggi anda. #jommasukipt #umpsa #university #ipta #umpkiniumpsa ♬ Exciting, exciting, cute songs(1283711) - Korepoi
Sumber: TikTok Umpsamalaysia / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.