Tahniah! Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat bernikah

Pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus sah bergelar suami kepada Angeline Tan apabila melangsungkan pernikahannya pagi tadi.

Ismail Golok & Lucy selamat bergelar suami isteri

Menerusi perkongsian penyampai radio Molek FM, Issey Fazlisham di Instagram, dia telah memuat naik gambar bersama pasangan mempelai.

Ucap tahniah kepada Sabri Yunus & Ardini

Dalam posting yang dibuat Issey lagi, dia telah mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan selebriti itu dengan kapsyen mengingatkan semula tentang sitkom yang pernah mereka bintangi dahulu.

“Selamat Pengantin Baru Abang Sabri Yunus dan kak Ardini / Angeline Tan. Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya.

Dr. Maza nikahkan Sabri Yunus

Difahamkan, pasangan selebriti tersebut telah dinikahkan oleh Mufti Negeri Perlis iaitu Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau biasa disapa Dr. Maza yang dikongsikan secara langsung di laman Facebook beliau.

Sabri telah memberikan seutas rantai emas sebagai mas kahwin kepada Ardini Angeline Tan.

Masya Allah, semoga hingga ke Jannah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sabri dan Angeline atau nama Islamnya Ardini untuk perkahwinan tersebut.

Mereka juga mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke Jannah.




Untuk rekod, Sabri Yunus dan Angeline pernah berlakon dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan membawa watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy sekitar tahun 80an di saluran TV 3.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham, Facebook Dr. Maza / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post