[TERENGGANU] Bapa Terlupa Hantar Ke Pusat Asuhan, Anak ‘Tewas’ Dalam Kereta


Sekitar 5 Oktober lalu, Malaysia sempat dikejutkan dengan berita duka seorang bayi berusia 8 bulan dilaporkan ‘tewas’ selepas tertinggal dalam kereta tanpa disedari oleh ibunya yang bertugas sebagai doktor di sebuah pusat rawatan di Cheras. Siapa sangka, kejadian serupa terjadi di Kuala Nerus, Terengganu pada semalam.

Pekerja kampus laporkan kejadian kira-kira petang semalam

Menurut laporan lanjut, seorang kanak-kanak berusia setahun 4 bulan ditemui tak sedarkan diri dalam kereta bapanya yang diparkir di kawasan sebuah kampus universiti awam. Setelah menerima laporan kira-kira jam 4.30 petang semalam, pihak berkuasa bergegas ke sana namun si kecil itu disahkan sudah pergi selamanya.

Bapa terlupa untuk hantar anak kepada penjaga di pusat asuhan

Difahamkan, si bapa seharusnya menghantar bayi itu ke pusat asuhan yang juga terletak dalam kampus tersebut, namun lelaki itu telah terlupa. Siasatan sudah dijalankan dan kenyataan daripada si penjaga juga akan diambil oleh pihak polis. Agar emosi keluarga tidak terganggu, polis menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak sahih mengenai kejadian ini.

9 cara elakkan lupa atau tertinggal anak dalam kereta

Sudah pasti tiada siapa mahu perkara begini terjadi. Justeru ibu bapa di luar sana mungkin boleh menggunakan panduan di bawah bagi mengurangkan risiko tertinggal anak dalam kereta. Berikut merupakan perkongsian yang pernah dibuat oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan  di aplikasi X sebelum ini.

KREDIT : Portal Berita Harian & Aplikasi X Kamarul Ariffin Nor Sadan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post