Jika kita pulang ke rumah datuk dan nenek di kampung, pastinya mata akan terpukau dan terpesona melihat ruangan rak pakaian mereka. Siapa sangka orang lama memang sangat teliti dan tekun dalam menyusun pakaian mereka. Terbaru tular satu video mengenai kekaguman netizen kepada seorang nenek yang mengutamakan kekemasan dalam rumahnya.
Terpaku dan terpesona melihat ruangan rumah
Menerusi akaun TikTok milik adammar1819, telah berkongsikan suatu video berkenaan rumah seorang nenek. Seorang wanita di dalam video tersebut atau lebih dikenali sebagai Nurul Atika mengajak netizen untuk melihat ruangan tengah rumah nenek itu. Di ruangan tersebut dipenuhi dengan hasil lipatan dan susunan kain baju yang membuatkan ramai terpegun dan terpaku apabila masuk ke dalam ruangan itu.
Kain batik dan baju tersusun mengikut jenis
Atika menunjukkan ruangan setiap jenis kain seperti ruangan kain batik, tuala, dan pakaian. Namun, apa yang menariknya adalah kesemua susunan pakaian dan kain disusun dengan sangat rapi dan kemas seolah dalam kedai pakaian. Terdapat juga pelbagai jenis kain batik yang dimiliki oleh nenek itu sehingga mempunyai 2 rak pakaian yang besar diletakkan secara berhadapan.
@adammar1819 #nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manekurai #kualakrai ♬ original sound - nurulatika963
Skill lipat baju tanpa guna peralatan
Setelah video pertama itu tular sehingga meraih 2.6 Juta tontonan, ramai netizen mahu melihat bagaimana nenek berkenaan melipat semua kain dan pakaiannya. Dalam rakaman video berkenaan, terlihat seorang nenek sedang melipat kain batiknya dengan teliti. Kehandalan nenek melipat baju tanpa menggunakan sebarang alatan membuatkan ramai netizen kagum dengan skill yang ditunjukkan.
@adammar1819 Replying to @Muaz ramai yg request nk tgk tutorial lipat kain baju kan,ok kite bagii! untk muaz jgn lupe tunaikan janji tu! ☝🏼😁 hee #nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manikurai #kualakrai ♬ original sound - nurulatika963
“Orang lama memang lipat kemas macam ni” – netizen
Video kedua yang dikongsikan itu meraih 3.3 Juta tontonan di media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan nenek tersebut. Bagi mereka untuk melipat baju dengan hasil yang seperti itu perlu masa dan kesabaran yang tinggi dalam diri.
KREDIT : TikTok adammar1819 / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.