Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau


Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai menjadi mngsa seekor harimau sewaktu sedang menoreh di Kampung Meranto, Gua Musang semalam, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berumur 22 tahun mengalami kecederaan luka dan berdarah pada bahagian belakang leher.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mngsa dikatakan sedang menoreh bersama isterinya di kebun tersebut sebelum diserang pak belang berkenaan.

"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Gua Musang dan dipercayai meninggal dunia semasa sedang mendapatkan rawatan.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga kini siasatan masih dijalankan.

Katanya lagi, pemasangan kamera dan perangkap harimau juga diteruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai langkah mengesan dan menangkap haiwan tersebut.

Mangsa Pertama Pak Belang Ditemui Di Kebun Getah

Sebelum ini, seorang lelaki dipercayai dibaham pak belang selepas ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya menemukan mangsa di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata pada jam 9.30 pagi, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan cebisan anggota tubuh mangsa terbabit.

"Kami telah gerakkan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Gua Musang dan penduduk setempat.

"Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba," ujarnya kepada pemberita semalam.

Katanya lagi, kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama, anggota penyelamat telah menemui cebisan badan serta sebahagian kaki mangsa.

Sumber: Sinar Harian  / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post