Gara – Gara Czer Jarak Dekat, Ibu Berusia 23 Tahun Alami Kerosakan Rahim Serius


Sama ada mahu menjarakkan kehamilan atau tidak, setiap pasangan suami isteri punyai pilihan masing-masing mengenai perancangan menambah zuriat. Namun untuk wanita yang melahirkan secara czer, mungkin lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor dahulu. Mengandung lagi di saat rahim belum pulih sepenuhnya daripada kesan operation dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan isteri di masa hadapan.

Ibu muda jalani prosedur steril rahim

Malang tidak berbau, seorang wanita berusia 23 tahun turut berkongsikan kesedihannya mengenai kesan sampingan bersalin czer dengan jarak dekat. Bayangkan di usia muda sebegitu, dia terpaksa menjalani prosedur steril rahim (ikat rahim) yang mana dirinya tidak akan boleh hamil lagi di masa hadapan.

Daripada terus hamil, baik saya fokus besarkan anak-anak sedia ada

Daripada penjelasan doktor yang merawat, rahim Mariza dikatakan mengalami kerosakan teruk kerana sudah hancur selain mempunyai kesan berlubang. Maka keberangkalian mengandung lagi di masa akan datang boleh memberikan risiko besar dan sebab itulah prosedur terbabit perlu dilakukan meskipun terasa berat hati.

@_4non69

bjir ko sedih

♬ Usai Tiara Andini - Sadvibes🥀

Prosedur ikat rahim akan ‘menghalang’ telur & sperma daripada bertemu

Daripada pengalaman sedih itu, Mariza memberikan peringatan kepada orang di luar sana mengenai kepentingan memakai alat perancang kehamilan (jika perlu). Tambah lagi kepada yang melahirkan jarak dekat secara operation, hal itu benar-benar boleh memberikan kesan buruk.

KREDIT : TikTok Mariza & Portal Alodokter / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post