Pada bulan Oktober lalu, 2 kejadian berbeza iaitu di Cheras, Kuala Lumpur dan Kuala Nerus, Terengganu melibatkan penjaga terlupa menghantar anak mereka ke taska cukup menghibakan ramai. Yang terbaru, insiden serupa dilaporkan berlaku di Ara Damansara, Petaling Jaya pada semalam.
Bawa 3 orang anak untuk hantar ke sekolah berdekatan rumah
Sekitar jam 7 pagi, si ibu berusia 30-an dikatakan membawa 3 orang anaknya menaiki kereta untuk menghantar mereka ke sekolah di kawasan berhampiran. Setelah selesai menghantar 2 daripada mereka, wanita terbabit mula menuju ke sebuah tadika untuk menurunkan seorang lagi anak berusia 2 tahun.
Ibu terlupa turunkan anak di tadika selepas uruskan hal bisnes online
Setibanya di kawasan tadika, si ibu mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan dahulu hal berkaitan bisnes atas taliannya. Tanpa disedari, dia telah terlupa untuk menurunkan kanak-kanak perempuan itu lalu terus bergerak pulang ke rumah seperti kebiasaaan.
Anak ditemui tak sedarkan diri dalam kereta & disahkan pergi selamanya
Setelah 7 jam ditinggalkan dalam kereta tanpa sengaja, si ibu cuma menyedari tentang situasi anaknya pada jam 3.55 petang. Walaupun si bapa berusaha memberikan bantuan kecemasan awal, si kecil itu disahkan pergi selamanya setelah dikejarkan ke pusat rawatan bertempat di Sungai Buloh. Pihak polis mengigatkan orang awam untuk sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam mengawasi anak masing-masing.
KREDIT : Portal Buletin TV3 / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.