Pemuda Nangis Hadap Rakan Kerja Toksik, Risau Susah Cari Kerja Jika Resign


Adat bekerja di bawah orang, kita harus akur dengan segala arahan yang ditetapkan oleh pihak atasan selain perlu berdepan dengan rakan kerja pelbagai ragam. Seketika terperangkap dalam suasana kerja yang toksik, setiap orang pastinya pernah terfikir untuk berhenti. Akan tetapi, bukan mudah untuk membuat keputusan sebegitu.

Aku cintai kerja aku, cuma rakan kerja buat tak tenang

Perkara yang dihadapi oleh pemuda bernama Dika ini mungkin pernah juga dialami oleh ramai orang di luar sana. 3 hari lalu, Dika berkongsikan rakaman dirinya yang sedang menangis di tempat kerja gara-gara tidak tahan dengan layanan buruk pekerja lain terhadapnya. Walaupun dia menyukai pekerja itu, emosinya benar-benar dicabar dengan situasi sekeliling.

Nak berhenti tapi takut susah cari kerja…kena banyak sabar

Sama seperti orang lain, Dika juga mempunyai keinginan untuk meletakkan kerja lain dan keluar dari tempat toksik ini. Pun begitu, dia juga merisaukan tentang kesukaran mencari kerja lain di zaman serba mencabar sekarang.

@its_dika04 Dunia kerja lebih parah ternyata ya:) #foryou #fyp #viralvideo #duniakerja ♬ original sound - Traveler_kembar

Aku pun pernah nangis masa rehat tengah hari, akhirnya pilih berhenti

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan di TikTok, netizen sangat memahami dilema jiwa yang sedang dialami oleh Dika. Mereka berharap dia terus kuat selain mendoakan moga-moga dia mendapat peluang kerja lebih baik selepas ini.

KREDIT : TikTok Dikaa / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post