Penunggang motor parah, terperosok bawah kereta... Pemandu terus larikan diri, tinggal kenderaan tepi jalan


Keadaan mangsa langgar lari yang cedera parah.

SEORANG penunggang motosikal cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata insiden antara motosikal dan kereta itu berlaku pada Sabtu.

"Penunggang motosikal tersebut terperangkap di bawah kereta selepas dilanggar. Pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri, meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

"Mangsa yang berumur 45 tahun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Dia mengalami kecederaan parah di bahagian mukanya," kata Ahmad Mukhlis. - The Star

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post