Pemergian enam orang ahli keluarga Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 disebabkan nahas kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu masih lagi diingati hampir sebahagian besar rakyat Malaysia.
Terbaru, remaja terbabit telah berkongsi momen menziarahi pusara ibu bapa serta adik-adiknya bersama satu-satunya mangsa nahas yang terselamat, Abdullah Amir, 15 sambil meluah rasa.
Bawa Abdullah ziarah pusara ahli keluarga
Menerusi video TikTok yang dikongsikan Rahman, ramai yang sebak mendengar perbualan mereka terutamanya apa yang diucapkan Abdullah kepada abangnya.
“Ibu tak ada tak best, kalau ibu ada best. Kalau ibu ada dekat rumah tok mak tu jadi paling best.
Awie tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gaduh dengan Seri. Kakak tak ada, kak cik pun dah tak ada.”
Syurga yang paling tinggi sekali, ibu, abi dan adik beradik semua Abdullah akan doakan,” ujar Abdullah.
@rahmanlahhhhhhh takpela du’o kita pun dah takde sape lagi dah…suka taksuka nak kemana lagi kan..kata kuat du’o dahtu kita kene la sorok sorokkan sedih kita jgn selalu sangat tunjuk tunjuk dekat ramai org…nanti du’o sihat abang baaaawak jalan jauh jauh ha time tu kita berdua je takde sapa nak mara😇
♬ original sound - XioMeii - Cikdaa
Abdur Rahman pujuk adik
Susulan daripada itu, Rahman telah memujuk adiknya yang masih belum pulih sepenuhnya supaya tidak menangis dan terus berdoa agar mereka semua ditempatkan di syurga.
“Jangan nangis, kalau nangis baca al-Fatihah. Doakan yang elok-elok untuk ibu, doakan ibu masuk syurga.
Abdullah jangan tinggal abang, abang ada Abdullah je,” ucap Rahman.
@rahmanlahhhhhhh #CapCut ♬ original sound - rahmanlah
Semoga Rahman & Abdullah kuat
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak mendengar perbualan dua beradik ini kerana sedar bahawa kehilangan yang mereka rasakan begitu berat.
Mereka juga berharap agar Abdur Rahman dan Abdullah terus diberi kekuatan menghadapi ujian ini walaupun tahu mereka sudah reda serta pasrah dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T.
Untuk rekod, pada 1 September 2023, Abdullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat kerana kritikal akibat kemalangan tersebut.
Ibu bapa serta empat lagi adik beradiknya disahkan meninggal dunia dalam nahas terbabit sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar ibu mereka di Segamat.
Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Sumber: TikTok rahmanlahhhhhhh / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.