Pesan terakhir Suhaimi Saad cukup bermakna, tak jemu ingatkan solat berjemaah


Pemergian bekas ahli kumpulan nasyid, In-Team, Suhaimi Saad semalam masih menjadi perbualan ramai lebih-lebih lagi mereka yang kerap mengikuti siaran langsung di media sosial milik penyanyi tersebut.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu pesanan yang diberikan dipercayai pesanan terakhirnya sebelum jatuh sakit kepada para penonton siaran langsung di media sosial.

Pesanan terakhir allahyarham

Dalam live tersebut, allahyarham memberi sedikit tazkirah berkenaan kebergantungan manusia kepada Allah S.W.T dan meminta agar kita semua meminta dipermudahkan urusan kepada yang Maha Kuasa.

Tak hanya itu, menerusi video yang dimuat naik semula akaun TikTok rosmerah810, allahyarham juga sempat mengajak penonton di siaran langsungnya untuk menunaikan solat secara berjemaah memandangkan ketika itu hampir memasuki waktu solat maghrib.

@rosemerah810 Pesanan terakhir Suhaimi Saad..Al-Fatihah.... selalu tengok live Arwah dng Ina...yg mana masuk dlm live dok kutuk mcm2 tu Moga Arwah dah Ampunkan semuanya sebelum Arwah pergi...🤲🤲🥺🥺 #suhaimisaad #matiitupasti ♬ bunyi asal - wanita berjubah hitam

Perkongsian ilmu yang bermakna dari Suhaimi Saad

Siapa sangka, pesanan-pesanan yang cukup bermakna itu menjadi sesuatu yang sangat bernilai memandangkan allahyarham sudah pun tiada.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengakui bahawa perkongsian ilmu yang diberikan allahyarham cukup bermakna dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Terdahulu, media melaporkan Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, Ina Naim dan empat orang cahaya mata  iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok rosmerah810 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post