Reviu produk paling menyayat hati... Bapa meninggal sebelum dapat telefon baharu, anak tetap beri rating 5 bintang!


Tiada anak yang bersedia untuk kehilangan ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

SETIAP kali mahu membeli barang di platform e-dagang, kita biasanya akan membaca reviu yang pernah ditulis oleh pelanggan.

Terbaharu, tular tangkap layar reviu produk telefon oleh seorang pelanggan yang cukup meruntun emosi.

Meskipun memberikan rating lima bintang, pelanggan itu berkata dia tidak dapat memberi komen tentang kualiti telefon berkenaan.

Tangkap layar ulasan produk itu.

Ujarnya, telefon yang dibeli untuk bapanya tidak sempat digunakan selepas insan penting dalam hidupnya itu pergi buat selama-lamanya.

"Aku beli handphone ni untuk abah. Tapi Ahad lepas abah telah pergi buat selama-lamanya," tulisnya ringkas.

Dia turut memuat naik foto ahli keluarga yang sedang mengusung keranda di dalam rumah.

Tangkap layar reviu individu itu di Shopee dikongsi semula oleh seorang pelayar Twitter pada Jumaat.

Namun, tarikh kematian serta identiti sebenar pelanggan itu tidak dinyatakan dalam hantaran berkenaan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post