Suhaimi Saad ditidurkan selepas beberapa bulan kurang sihat.
BEKAS anggota kumpulan nasyid In-Team Suhaimi Saad ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor sejak 4 November lalu.
Perkara itu disahkan oleh ketua kumpulan In-Team yang juga sahabat kepada Suhami iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid.
Kata Syahril, kesihatan Suhaimi sudah beberapa bulan terjejas selain mengalami muntah setiap kali makan sehingga berat badannya susut.
"Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Saya mohon orang ramai agar mendoakan dia cepat sembuh.
Suhami sempat memuat naik hantaran di TikTok miliknya pada 5 November lalu.
"Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu namun punca penyakitnya saya kurang pasti," katanya.
Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai Suhaimi daripada isterinya iaitu Ina Naim tidak berjaya apabila wanita itu enggan ditemu bual.
Anak sulungnya iaitu Ehmad Hadie Elfardie yang mengangkat panggilan itu juga tidak dapat menjawab pertanyaan mengenai bapanya dan meminta menghubungi ibunya sendiri.
"Saya tak boleh beritahu, tunggu ibu kongsi," katanya.
Dalam perkembangan sama, tinjauan ke akaun TikTok milik Suhaimi mendapati dia sempat meminta maaf kepada pengikutnya selain berterima kasih sepanjang perkenalan mereka pada 5 November lalu.
Hantaran tersebut dipercayai dibuat Suhaimi sebelum dia ditidurkan.
"SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin kepada korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang. Assalamualikum," kongsinya.
Suhaimi bersama Ina dan empat anak mereka.
Malah ruang komen hantaran tersebut juga dipenuhi dengan doa dan harap peminat agar penyanyi tersebut kembali sihat seperti sedia kala.
"Kami tertunggu siaran langsung Ina dengan Suhaimi, semoga kembali sihat sedia kala.
"Dikhabarkan Suhaimi Saad sedang ditidurkan di HSI. Marilah kita berbdoa kepada Allah untuk dipermudahkn urusan dan diberi kesembuhan segera," antara komen netizen.
Untuk rekod, Suhaimi dan Ina berkahwin pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.