Temui ajal selepas dirempuh pemandu berusia 16 tahun, ‘repost’ pemuda di TikTok buat ramai sebak



‘Repost’ TikTok  yang dibuat oleh seorang pemuda maut bersama bakal tunang selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu undang sebak ramai.

Menerusi hantaran tular dimuat naik pengguna, arwah dikenali Nabil Zikry dilihat ‘repost’ perihal kematian di media sosial miliknya dengan harapan agar segala aib yang dilakukan disimpan rapi.

“Seandainya aku meninggal dalam waktu terdekat atau akan datang, aku mohon simpanlah aibku.

“Semoga Allah lembutkan hati orang-orang yang berada di sekelilingku untuk memaafkan kesalahan aku,”repost-nya semula.



@nanabiy._ repost tiktok arwah nabil seolah olah tahu dia akan pergi #fyp #penang ♬ Mengenangmu - Kerispatih

Ada orang tu next week nak tinggal kita…

Warganet turut berkongsi beberapa Insta Stories yang dimuat naik oleh bakal tunang arwah dikenali Sabrina dengan mengatakan Nabil bakal pergi meninggalkan dia pada minggu depan.

@girl_withlove1 Salam Takziah Untuk Sab dan Nabil 😢 #nabilzikry #sabrina #jambatanpulaupinang #accident #innalillahiwainnalillahirajiun #alfatihah #fypシ゚viral #fypシ #penang #fypage ♬ original sound - keyyan@kyss

Salam takziah…

Rata-rata warganet turut sebak mengenangkan nasib pasangan tersebut dan tidak henti mengucapkan salam takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat mereka berdua.



Difahamkan, arwah dan kekasih dikatakan bakal melangsungkan pertunangan pada Disember nanti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, impak daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan dua mangsa yang merupakan seorang lelaki dan wanita maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan jam 2.30 pagi itu berlaku apabila remaja itu yang datang dari arah Pulau menuju Perai disyaki melanggar bahagian belakang lori.

“Ekoran pelanggaran itu menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki lelaki dan pembonceng wanita yang menyebabkan kedua-duanya mengalami cedera parah lalu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambah Tan lagi, pemandu yang baru sahaja berusia 16 tahun itu mengalami cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua mangsa  dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat manakala pemandu kereta ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sumber: TikTok @nanabiy._ / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post