Tetap hadir walau naik motor... Momen bapa peluk cium anak sebelum masuk kem SPM undang sebak, netizen pesan jangan rasa malu


Tangkap layar menunjukkan seorang pelajar datang dengan membonceng motosikal bapanya.

RAKAMAN video tular memaparkan seorang ayah menghantar anaknya mengikuti kem motivasi untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meruntun hati warga maya.

Mana tidaknya, di saat hampir semua murid dilihat datang dengan menaiki kereta, remaja perempuan terbabit hanya membonceng motosikal bersama ayahnya.

Berdasarkan video tersebut, pelajar terbabit juga dipeluk dan dicium ayahnya sebelum berpisah.

Kebanyakan peserta dihantar menggunakan kereta.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar TikTok Dahlia Manaff berkata, dia tidak sengaja merakam momen indah berkenaan semasa bertugas menyambut kehadiran pelajar di sebuah hotel bagi Kem SPM 2023 yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah, Jalan Langgar Alor Setar di Kedah.

"Saya merupakan AJK (ahli jawatan kuasa) PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru)... semasa bertugas, saya lihat semua pelajar datang menaiki kereta.

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal yang hantar anaknya ke hotel dengan penuh beg serta kelengkapan untuk bermalam," ujarnya.

Mengakui gemar merakam momen untuk dijadikan kenangan, wanita itu berkata dia turut terkesan apabila melihat waris terbabit memeluk dan mencium anak perempuannya.

Malah katanya, tindakan tersebut membuatkan dia terkenang kesusahan yang dialami semasa kecil.

Jangan ada perasaan malu apabila ayah hantar dengan motor kerana itulah kenangan manis yang akan diingati ketika kejayaan digenggam.

WARGA MAYA

"Saya ni suka rakam video, saya sempat rakam waris ini peluk dan cium anak perempuan dia, saya sedih kenangkan kita dulu pun susah naik basikal saja.

"Ayah kita pun susah, itu dulu... bagi saya waris tu kurang berkemampuan.

"Sedih juga dan tak sampai hati nak post tapi niat saya nak bagi motivasi pada semua kerana kita bersyukur apa yang ada, nikmat Allah untuk kita," tambahnya.

Sebahagian warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Terdahulu, kem dua hari tersebut dianjurkan untuk membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberi sokongan dan berkongsikan pengalaman masing-masing yang pernah hidup dalam kesusahan.

"Dulu masa asrama, ayah hantar naik motor. Pertengahan jalan tayar pancit... ayah tolak motor tapi tak bagi saya turun. Rindu arwah ayah.

"Dulu masa MRSM Pendang, hanya mama seorang hantar naik motor... mama ibu tunggal, tak mampu beli kereta.

"Jangan ada perasaan malu apabila ayah hantar dengan motor kerana itulah kenangan manis yang akan diingati ketika kejayaan digenggam.

"Adik yang ayah hantar naik motor, akak doakan adik berjaya dan dapat ubah nasib keluarga," ujar beberapa warga maya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post