Ustazah Asma’ Sebak Kenang Pemergian Suhaimi Saad Yang Penuh Tauladan


Walaupun sebelum ini pernah dikecam lantaran mempunyai prinsip berbeza dalam melayari kehidupan, namun nama Allahyarham Suhaimi Saad yang menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu lalu terus menjadi bualan ramai. Sudah berusaha memberikan didikan agama yang cukup buat anak-anak dan isteri, penyanyi ini seakan-akan ‘pergi’ setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya selaku ketua keluarga.

Pemergian yang membangkitkan rohani kita…Saya cuba faham bagaimana Ina terlalu tenang

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ Harun menerusi sebuah ceramah live di TikTok turut mengambil sedikit ruang mengenang pemergian Suhaimi Saad yang disifatkan sebagai penuh tauladan. Ketika pertama kali melihat video Ina Naim ditemubual oleh wartawan, Ustazah Asma’ amat kagum bagaimana wanita berkenaan dilihat sangat-sangat tenang dalam menghadapi dugaan berat itu.

@wananitawh Sama² kita mengambil ibrah daripada kematian Almarhum Suhaimi Saad. #ustazahasmaharun #uah #kuliahpagi #ibrah #kematianyangdicemburui #kematianyangbaik #suhaimisaad ♬ original sound - Wan WH

Persiapkan anak dengan ilmu agama…Hidup dengan sunnah Nabi

Cara kepimpinan Suhaimi Saad dalam mengendalikan keluarga juga cukup membuka mata. kita semua. Mungkin cara mereka hidup sangatlah sederhana tak mewah mana, namun didikan agama yang diberikan kepada keluarganya cukup lengkap dalam persediaan menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dugaan ini. Pandangan serong orang luar bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah terhadap hamba-hambanya.

Kira rasa kita baik & bagus, tapi bagaimana dengan pemergian kita?

Pernah dikecam tidak mempunya mesin basuh atau perabot di rumah, namun segala niat baik Suhaimi Saad kini terungkai satu persatu. Keputusan untuk hidup secara minimalis sebenarnya sudah mengambil kira semua aspek termasuklah memudahkan urusan Ina Naim. Apa yang dapat disimpulkan, Ustazah Asma’ melihat betapa keluarga ini tidak meletakkan makna bahagia itu melalui aspek kemewahan harta benda semata-mata.

@nn_aishayong Kebahagian Itu kita cipta .. hidup sederahan juga boleh bahagia. #suhaimisaad #uah #uahsahabatduniaakhirat #XPDC ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie - arachang

KREDIT : TikTok Wan WH, nn_aishayong / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post