[VIDEO] 2 Individu Gigih Cuba Sumbat 2 Tilam Masuk Mesin Dryer Di Kedai Dobi


Hanya perlu sewa premis kedai, beli beberapa buah mesin basuh, mesin dryer & terus mampu jana income sambil goyang kaki. Mungkin inilah pandangan segelintor orang luar terhadap pemilik kedai dobi layan diri. Hakikatnya, terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi termasuklah kerosakan barang niaga akibat sikap tidak bertanggungjawab para pelanggan.

2 individu mengangkat tilam & cuba sumbat dalam mesin pengering

Menerusi akaun TikTok @Syaharizul yang tular sejak semalam, dia yang kebetulan berada di sebuah kedai dobi sempat merakamkan perbuatan 2 individu (dipercayai sepasang suami isteri) cuba mengeringkan 2 gulung tilam milik mereka. Walaupun jelas saiz mesin itu tidak mampu untuk memuatkan tilam, mereka masih berusaha untuk menyumbatnya.

Cuba gulung seketat mungkin namun masih tak dapat muatkan semua bahagian tilam

Meskipun sudah sedaya upaya menggulungnya, terdapat bahagian hujung tilam yang tidak mampu lagi ditolak masuk ke dalam mesin pengering itu. Sesekali wanita terbabit nampak buntu memikirkan tentang tilam yang gagal untuk dimuatkan lagi. Rakaman berdurasi 25 saat itu telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan.

@adilsyharull15

♬ Ini Parah Ni - A Kiil Mustafa

Apa salahnya jemur bawah matahari depan rumah…Kat mana dia beli keyakinan?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikut pusing melihat perbuatan tidak bertimbang rasa yang dllakukan oleh pasangan tersebut. Walhal untuk mengeringkan tilam yang basah, banyak lagi cara lain boleh dilakukan.

KREDIT : TikTok Syaharizul / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post