“Kekurangan pada diri bukanlah penghalang untuk seseorang mengecapi kejayaan”. Begitulah ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan semangat para graduan kurang upaya (OKU) yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka di institusi pendidikan tinggi. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, perkongsian video konvokesyen yang tular di media sosial sedikit sebanyak membuatkan netizen terharu.
Tahniah Norfarrah Syahirah Shaari anda inspirasi kami
Tidak ketinggalan, Norfarrah Syahirah Shaari yang sebelum ini pernah viral sebagai ‘Gadis Tanpa Tangan’ turut menarik perhatian ramai. Semalam, akaun TikTok rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) memuat naik detik-detik membanggakan sewaktu Farrah menaiki pentas bagi menerima skrol di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98.
@uitm_channel Tahniah Norfarrah Syahirah Shaari anda inspirasi kami #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku @🇵🇸Farrah Syahirah🇵🇸 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA
Kekurangan pada diri bukan penghalang untuk berjaya
Melihat sosok Farrah sebagai simbolik tidak berputus asa mengejar kejayaan, para graduan lain serta tetamu-tetamu terhormat di atas pentas terus berdiri memberikan penghormatan serta tepukan gemuruh buatnya. Lebih bermakna lagi, suaminya iaitu Zulfadli Syahrul turut menemani Farrah dari belakang sebagai wakil bagi mengambil skrol berkenaan.
@uitm_channel Kekurangan pada diri bukan penghalang untuk berjaya #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku @🇵🇸Farrah Syahirah🇵🇸 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA
Tadi tengok masa live, tiba-tiba orang UiTM suruh husband dia naik sekali
Menurut maklumat, suami Farrah diminta oleh pihak konvokesyen untuk naik sekali ke pentas pada saat-saat akhir. Kerana itulah wajah Zul nampak sedikit gemuruh.
KREDIT : TikTok norfarrahsyahirahshaari & Universiti Teknologi MARA / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.