18 Tahun Kahwin Tiada Kad Nikah, Suami Isteri ‘Diterjah’ Jabatan Agama Di Hotel


Gara-gara tidak mempunyai kad nikah, ramai pasangan suami isteri berdepan detik-detik lucu nyaris ditangkap basah oleh pihak Jabatan Agama yang menjalankan serbuan secara rawak di pusat-pusat penginapan. Seorang wanita ini juga tidak ketinggalan menghadapi kejadian sama sewaktu menginap di sebuah hotel bertempat di Muar, Johor.

Seumur hidup tak pernah terfikir, selalu tengok dalam drama…Jam 9 ting tong ting tong

Dalam video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @The Sam’ Family, wanita tersebut dan suaminya bermalam di daerah berkenaan pada atas tujuan meenghadiri undangan ke sebuah majlis kahwin. Tiba-tiba sekitar jam 9 malam, loceng bilik dibunyikan oleh sekumpulan individu yang disangka mahu memaklumkan tentang masalah tempat parking.

18 tahun kahwin tak buat kad tu…Gambar kahwin dalam phone pun tak simpan

Rupa-rupanya, ia adalah petugas daripada Jabatan Agama yang mahu masuk bagi memeriksa status hubungan mereka. Oleh kerana tidak mempunyai kad nikah, wanita ini terpaksa menghubungi ibu dan adiknya untuk tolong hantarkan gambar kahwin daripada album-album lama yang tersimpan dalam laci rumah.

Takpelah Puan, saya percaya Puan ni dah kahwin

Serbuan itu disifatkan sebagai satu pengalaman yang cukup lucu olehnya kerana langsung tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Dikongsikan sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

@thesamsfamily01 kene serbu dgn jabatan agama weiii hahahahha#jabatanagamaislam #muar #jdt #fyp ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

KREDIT : TikTok The Sam’s Family / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post