Pemergian insan tersayang sememangnya merupakan perkara yang amat menyedihkan
Lebih menyedihkan bila ibu bapa kita yang pergi menghadap Ilahi. Memang lain rasanya. Manakan tidak, merekalah yang membesar dan mendidik kita sehingga menjadi insan berguna seperti sekarang.
Setiap orang memiliki takdir sendiri, ada yang terpaksa menerima kehilangan ibu bapa di usia muda. Ada pula yang tidak sempat berjumpa mereka buat kali terakhir. Pasti masing-masing ada yang teringat momen itu sehingga kini.
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan rakaman CCTV seorang lelaki tidur di sebelah jenazah ayahnya telah mencuri tumpuan.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dan juga beberapa individu difahamkan adik-beradiknya berada di samping jenazah ayahnya.
Lelaki itu dilihat mengambil bantal dan berbaring disebelah jenazah ayahnya. Situasi itu membuatkan ramai yang berkongsi rasa rindu mereka.
"Allahu tak dapat bayangkan kalau ibu ayah aku yang pergi dulu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka ketika ada ahli keluarga yang meninggal.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 173.7K likes dan 3,317 comments di TikTok.
@kayaudiva Selamat jalan pa. Aku rindu 😭😭😭
♬ Ayah - Seventeen
Sebak betul bila tengok balik video abang ni baring sebelah arwah ayah dia :(
Sumber : Says
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.