Angeline Tan kongsi momen tunai umrah -“Allah tak pernah abaikan sesiapa”


Pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan difahamkan sedang tunai ibadah umrah selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Nampak seronok di Tanah Suci

Menerusi hantaran di Instagram, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan, dia kelihatan begitu gembira di Tanah Suci apabila kerap berkongsi momen berada di dalam masjid seusai beribadah.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu qoutes darinya yang begitu menyentuh hati ramai apabila meninggalkan kapsyen mengatakan bahawa Allah S.W.T tidak akan mengabaikan sesiapa.

Angeline Tan tunai umrah, doakan sahabat2 dapat ke sana

Dalam pada itu, pemain sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkenaan juga memaklumkan yang dirinya akan berusaha membacakan semua doa-doa yang dikirim keluarga dan kenalan di depan Kaabah nanti.

Dia juga berjanji akan meminta kepada Allah S.W.T supaya semua yang mengenali dirinya turut berpeluang untuk menjadi tetamu Maha Pencipta serta berharap doa-doanya dimakbulkan.

Seronok tengok Angeline Tan tunai umrah

Perkongsian-perkongsian yang dibuat Angeline Tan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan selamat beribadah disana.

Mereka juga terlihat tersentuh dengan kapsyen yang dibuat pelakon itu dan berharap suatu masa nanti dapat menjejakkan kaki di Mekah serta Madinah.



Untuk rekod, pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu. Mereka mula berkenalan semasa menjayakan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1992.

Mereka telah mendapat  tawaran mengerjakan umrah oleh seorang individu pesara tentera dikenali Mejar Wahab, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan sekarang mempunyai agensi umrah sendiri.

Sumber: Instagram Angelinetanyy / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post