Bayi Baru Lahir Dibungkus Plastik & Dibuang, Remaja Tingkatan 2 Ditahan Polis


Semalam media sosial dikejutkan dengan penularan sebuah video berdurasi 13 saat menyaksikan seorang bayi ditemukan dalam bungkusan plastik di kawasan perumahan Lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Samariang, Sarawak. Dianggarkan sekitar jam 9 pagi, penduduk mula mengesan kewujudan bayi malang itu selepas terdengar bunyi tangisan dari arah semak.

Dijumpai masih bertali pusat & baru dilahirkan

Seorang wanita kemudiannya bergegas membawa bayi perempuan itu ke sebuah kedai makan berdekatan. Orang ramai seterusnya sama-sama membantu bersihkan bayi tersebut yang katanya ditemui dalam keadaan masih bertali pusat.

Bayi turut dirujuk kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut

Didapati berada dalam keadaan sempurna dan sihat tubuh badan, si kecil itu telah dibawa ke pusat rawatan dan rujukan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan. Polis kemudiannya bertindak menahan seorang remaja berusia 14 tahun yang disyaki sebagai pelaku kejadian pembuangan bayi ini.

Bayi ditemukan pada jam 9 pagi…Ibu kandung ditahan polis sekitar jam 8 malam

Pelajar Tingkatan 2 yang diduga sebagai ibu kandung kepada bayi ini ditahan untuk membantu siasatan polis. Jika didapati bersalah, undang-undang memperuntukkan denda, hukuman penjara selama 9 tahun atau kedua-duanya sekali. Tangkapan gadis itu dibuat pada jam 8 malam semalam di kawasan Matang.

@alexxsnchezs Dari perbualan ni kes buang bayi..😿 #tiktoksarawak #iban #dayak #fyp ♬ original sound - Alexsanchezs

KREDIT : TikTok alexxsnchezs & Portal BH Online / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post