Bilal Yusra Alami Kecacatan Tempurung Kepala Meninggal Dunia


Kanak-kanak yang menderita kecacatan tempurung kepala atau nama saintifiknya, Alobar holoprosencaphly iaitu Mohammad Bilal Yusra dilaporkan meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Ibu reda pemergian Bilal

Memetik laporan Berita Harian, Bilal yang turut mempunyai masalah jantung berlubang disahkan meninggal dunia di pangkuan ibu dan bapanya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi dan Mohammad Azhar Arzemi di rumah mereka yang bertempat di Kulim, Kedah.

Dalam pada itu, Nurul Izzati mendedahkan bahawa dia reda dengan pemergian anaknya yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.50 pagi Jumaat.

Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya. Beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merenget.

Dia meninggal dunia di samping saya dan suami pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Bilal akan dikebumikan oleh kariah masjid kawasan perumahannya selepas selesai solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Terdahulu, tular mengenai berita melaporkan keadaan Bilal yang semakin kronik di samping kepalanya yang semakin membesar dan mencecah berat hampir 28 kilogram (kg).

Sumber: Berita Harian / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post