Gadis Sebak BFF Hadiahkan Handsock & Tulis Surat Teguran Untuk Jaga Aurat


Sahabat ketika senang memang ramai, namun mahu mencari sahabat sejati yang mengajak ke arah kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Iman manusia sentiasa pasang surutnya umpama lautan. Justeru terkadang, sosok rakan sekeliling juga memainkan peranan penting untuk mendorong seseorang itu kekal istiqamah.

Hari tu Hawa balik rumah sewa, Hawa nampak kat katil ada benda ni

Baru-baru ini, kisah yang dikongsikan oleh gadis bernama Hawa Johanis cukup menjentik sanubari ramai. Satu hari ketika pulang ke rumah sewa, dia terlihat satu beg yang berada di celahan tilam di mana ia mengandungi hadiah berupa handsock serta sepucuk surat istimewa daripada seorang sahabatnya, Aisya. Hawa kemudiannya menjadi sangat sebak selepas membaca isi kandungan surat itu.

Saya rindu sangat awak yang dulu…yang jaga aurat, handsock tak tinggal, tudung tutup dada

Ia merupakan teguran berkhemah daripada Aisya mengenai sikap Hawa yang dilihat semakin tidak menjaga aurat sepenuhnya seperti sebelum-sebelum ini. Pernah menjadikan Hawa sebagai teladan, Aisya risau sekiranya teguran secara secara depan-depan bakal mengguriskan hati. Maka melalui surat itu, dia menyatakan nasihat dengan penuh lemah lembut atas dasar sayang kepada Hawa untuk sama-sama menjaga aurat semula.

@hawajoe99

Yes, Hawa perasan je lately ni ramai sangat comment cakap “Rindu Hawa yang dulu pakai handsock, yang jaga aurat” “rindu content hawa yang dulu selalu bagi motivasi and kata2 semangat” . Tbh yes, i miss the old me too! But this year is really tough for me. Saya diuji dengan kata2 saya sendiri. Hawa tak nak bagitahu lagi apa yang dah jadi pada diri Hawa sampai Hawa berubah jadi mcm ni tapi i really hope korang doakan Hawa terus and tak benci Hawa. I’m still struggle untuk cari diri yang dulu balik and i’ll never give up. InshaAllah 🥹🤍

♬ original sound - hawajohanis

Tidak melenting, bahkan Hawa dilihat memeluk erat sahabatnya itu dan benar-benar menghargai teguran yang diberi.

Ada kawan macam ni rezeki tau…Jaga dia baik-baik

Mendapat lebih 1 juta tontonan, ramai netizen sangat terharu melihat kemanisan persahabatan antara Aisya dan Hawa bersahabat. Jelas mereka lagi, dikurniakan BFF yang saling mengingatkan seperti ini juga merupakan satu bentuk rezeki.


KREDIT : TikTok hawajohanis / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post