Guru Pencen Dijemput Ilahi Ketika Bantu Uruskan Aktiviti Perkhemahan Sekolah


Khabar duka dilaporkan dari Sekolah Kebangsaan Jeneri, Gurun, Kedah hari ini di mana seorang pesara guru dijemput Ilahi ketika bantu menguruskan program perkhemahan di sekolah tersebut. Cikgu Nasaruddin Darus ditemui tidak sedarkan diri ketika beliau sedang berehat atas sebuah kerusi kira-kira jam 11 pagi.

Pihak medik sudah memberikan bantuan segera, namun Allah lebih menyayangi Cikgu Nasruddin

Tidak mengambil masa yang lama, dalam 5 minit pasukan medik telah tiba di sana untuk memberikan bantuan segera. Mereka juga telah melakukan bantuan CPR, pemeriksaan mata, tekanan jantung dan nadi. Namun sudah tertulis takdir Allah, pihak KKM mengesahkan Cikgu Nasaruddin telah pergi buat selamanya.

Cikgu Nasruddin aktif dalam penglibatan aktiviti badan beruniform serta perkhemahan

Allahyarham yang berusia 56 tahun dikatakan baru sahaja bersara dari dunia pendidikan sejak 9 bulan lalu. Ketika bergelar seorang cikgu, beliau digambarkan sebagai seorang yang sangat aktif dalam program badan beruniform, pengajaran aspek bantuan kecemasan serta aktiviti perkhemahan.

Pihak sekolah harap orang ramai tidak cetuskan spekulasi tentang pemergian Allahyarham

Sewaktu berehat di kerusi berkenaan, sumber berkata beliau sempat mengadu keletihan. Siapa sangka, hasrat baiknya untuk membantu aktiviti perkhemahan malah diakhiri dengan berita yang cukup menyedihkan. Pihak sekolah kemudiannya menyatakan harapan agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai pemergian Cikgu Nasaruddin. 

KREDIT : FB Mahadzir Abdul Hamid & Portal Majoriti Official / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post