“Haram guna air sirap kenduri buat basuh tangan” -Ustaz Azhar Idrus


Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan yang haram guna air sirap kenduri buat basuh tangan memandangkan minuman terbabit disediakan tuan rumah untuk membasahi tekak.

UAI jelaskan dalam salah satu ceramah

Hal tersebut dinyatakan UAI menerusi salah satu ceramahnya yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai abdmanbindin.

@abdmanbindin Air Basuh Tangan Kenduri #dakwah #ceramah #ustazazharidrus #kenduri ♬ original sound - AbdulRahman

Punca guna air sirap kenduri buat basuh tangan sebab malas bangun

Tindakan tersebut seakan sudah menjadi kebiasaan apabila ada sesetengah individu menjadikan air minuman sebagai air basuhan tangan hanya kerana malas untuk bangun dan pergi ke tempat yang sepatutnya.

Walaupun ia terlihat remeh, namun ternyata hukumnya adalah dilarang.

“Kalau pergi rumah orang kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram.

Ramai orang basuh (guna air sirap). Dia malas nak berjalan sebab paip jauh. Dia ambil sirap itu.

Kerana air itu disediakan oleh tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Ha kena jaga, jangan buat lebih kurang” ujarnya.

Baru tahu haram guna air sirap kenduri buat cuci tangan

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 100 ribu viewers sejak dimuat naik tempoh hari.

Kebanyakan warganet yang baru tahu tentang hal tersebut mengakui bahawa pernah melakukan hal sebegitu namun ternyata tindakan berkenaan haram.

Mereka juga mengucapkan terima kasih diatas ilmu baru yang diperoleh.



Sumber: TikTok abdmanbindin /  ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post