Hilang Sejak Semalam, Adik Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia


Hilang Sejak Semalam, Adik Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dilapor hilang di kawasan kediaman di Apartment Idaman, Damansara Damai tengah hari semalam dilapor telah ditemui meninggal dunia.

Menurut Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai berhampiran kawasan kediaman sekitar jam 10 malam tadi.

Difahamkan, mayat mangsa telah ditemui oleh sekumpulan penduduk yang dikatakan turun membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencari adik Zayn.

Mayat adik Zayn Rayyan ditemui penduduk yang membantu operasi mencari

Mangsa dikatakan telah ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga mangsa.

Susulan penemuan mayat mangsa tersebut, polis kini telah menutup laluan ke belukar kawasan kediaman yang menuju ke lokasi mayat ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan penemuan tersebut.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Semalam, Mohamad Fakhrudin berkata bahawa pihaknya telah menerima laporan berkenaan kehilangan kanak-kanak tersebut. Laporan telah diterima oleh pihak pada jam 6.36 petang, Selasa lalu.

Terdahulu, mangsa disedari hilang sejak kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Selasa. Berita kehilangan mangsa kemudian mendapat perhatian masyarakat selepas ibunya membuat hebahan di laman Facebook dan laporan polis.

Pencarian mangsa digerakan dengan penglibatan anggota polis, Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Anjing Pengesan K9 serta penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post