Wanita ini menangis ketika menziarahi kubur anaknya.
KETERUJAAN pasangan ini menimang cahaya mata kedua berakhir dengan kekecewaan apabila si isteri mengalami keguguran.
Menerusi video dikongsikan oleh Jefrydesilva, dia dan isterinya, Mira yang masih dalam tempoh berpantang pergi menziarahi pusara anak syurga mereka yang diberi nama Ahmad Firdaus.
Ketika di dalam kereta, suami berpesan kepada isterinya supaya tidak menangis ketika menghiasi 'rumah' baharu anaknya itu.
Jefry merakam momen ketika melawat pusara anak.
"Senyum ye, jangan menangis-nangis lagi hari ni. Nanti dia sedih," pesannya kepada si isteri sebelum keluar kereta.
Menurut Jefry, sebelum ini, Mira sudah pun berkali-kali meminta dia membawanya ke kubur kerana dia mahu menghiasi pusara anaknya.
"Mira mesej saya banyak kali sampai merajuk dah tunggu saya balik kerja.
"Nak buat rumah baharu untuk Firdaus. Saya turutkan kerana sayang," tulisnya menerusi ruangan kapsyen video di TikTok.
Seperti yang dipaparkan, Jefry membawa beberapa kuntum bunga, batu kerikil dan plastik penghadang yang dibeli di kedai perkakasan untuk dipasang di sekeliling kubur anaknya.
Sewaktu masuk ke perkarangan kubur dalam cuaca hujan, kelihatan Mira yang berkain batik menahan sebak sambil melangkah menghampiri pusara anaknya.
Jefry juga sempat merakam 'perbualan' menyentuh emosi si isteri bersama anaknya sejurus tiba di kubur tersebut.
"Sayang anak ibu. Terima kasih adik (panggilan Firdaus).
"Ibu datang... Alhamdulillah," kata isterinya
Tisu betul hati saya. Terjoin menangis.
NETIZEN
Selesai menghias kubur, isterinya dilihat tidak lagi dapat menahan air mata ketika membacakan doa, mungkin kerana terlalu rindu.
Bagaimanapun, wanita itu kelihatan kembali tersenyum setelah selesai menziarahi dan menghiasi pusara anaknya.
Jika diteliti ruangan komen, Jefry membalas komen netizen menjelaskan bahawa anaknya, Ahmad Firdaus meninggal dunia 7 Disember lalu pada usia 16 minggu akibat jangkitan.
Komen netizen pada video.
Rata-rata netizen di ruangan komen juga turut sebak dengan perkongsian dibuat dan mendoakan pasangan suami isteri ini kuat menghadapi ujian.
"Tisu betul hati saya. Terjoin menangis.
"Sabar ye Mira dan Jefry. Arwah Firdaus anak syurga akan ditempatkan bersama orang beramal soleh.
"Bang sedih bukan bermakna lemah bang. Biarlah dia menangis. Penat tau simpan-simpan," komen beberapa netizen.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.