Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh - Ketua Polis Selangor


Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh - Ketua Polis Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman.

Sumber: BERNAMA / Siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post