Kerap Mengadu Stress Kerja, Doktor Dipercayai Akhiri Hidup Lepas Solat Dhuha


Pergi keluar sebentar untuk membelikan sarapan, seorang warga emas, Haji Husain, 75, terpaksa menanggung rasa pilu setelah menemukan anak perempuannya, Nur Alfridha, 32, dalam keadaan menyayat hati. Difahamkan, wanita terbabit merupakan seorang doktor bidan, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Ayah lihat Alfridha menangis selepas tunaikan solat Dhuha

Mengikut kronologi asal, Haji Husain berkata Alfridha telah membuat kerja-kerja pejabat dalam biliknya setelah menunaikan solat Subuh. Menjelang jam 8 pagi, dia dilihat baru sahaja menanggalkan telekung dalam keadaan menangis selepas membuat solat Dhuha lalu sambung melakukan kerjanya seperti biasa.

Alfridha dipercayai ikat sendiri tali di kayu-kayu atap bilik

Tidak mengesyaki apa-apa, Haji Husain keluar selama satu jam untuk membeli sarapan dan pulang 1 jam kemudian. Dia yang mahu memberikan makanan itu merasa pelik kerana anaknya mengunci pintu dari dalam. Usaha membuka gagal, lalu Haji Husain meminta bantuan jiran untuh memecahkan pintu terbabit. Alangkah hiba rasa hati, Alfridha ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan tali di leher serta kecederaan di pergelangan tangan (nadi).

Sering meluah tentang stress kerja…Kerap mengadu mahu tukar tempat kerja

Berdasarkan bukti dan petunjuk tentang keadaan Alfridha ketika dijumpai, buat masa ini polis yakin ia merupakan cubaan ‘menamatkan’ hayat diri sendiri. Namun hasil siasatan lanjut bakal diberitahu setelah proses autopsi selesai. Sebelum ini, doktor terbabit pernah meluahkan kepada suami tentang tekanan yang dihadapi olehnya di tempat kerja. Bebanan emosi yang dilalui turut membuatkan Alfridha berkeinginan menukar tempat kerja, selalu termenung dan alami mimpi seseorang mengajaknya masuk syurga.

KREDIT : Portal Realiti.co / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post