Selepas dua hari bertarung nyawa, lelaki yang parah dirempuh ketika membantu pasangan pengantin baharu terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 53 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Batu 3, Jalan Bernam, di sini meninggal dunia, jam 5 petang, hari ini.
Pemuda meninggal dunia, dirempuh bantu pengantin baharu
Khabar duka itu turut dikongsikan oleh abang Mohd Azizi iaitu Mohd Azlan Mohamad Alias yang memaklumkan adiknya telah menhembuskan nafas terakhir selepas dua hari kritikal dan menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.
Untuk pengetahuan, Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, mengalami cedera parah di kepala selepas cuba menyelamatkan mangsa kemalangan yang pada mulanya hanya melibatkan dua kenderaan.
Menurut Azlan, pada ketika kejadian, Azizi bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Shah Alam dan menyaksikan kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki pasangan pengantin baharu dengan Honda City.
Namun, ketika cuba membantu untuk mengeluarkan mangsa, dia dirempuh oleh sebuah kereta Nissan Almera dari arah bertentangan.
“Selepas buat pemeriksaan, keputusan imbasan CT menunjukkan bahagian tengkorak belakang kepala adik saya sudah pecah. Tulang hidungnya juga patah dan otaknya sekarang sudah membengkak,” kata Azlan.
Namun, insiden menyayat hati melibatkan pemuda itu hanya disedari oleh isteri mangsa selepas cermin sisi kereta mereka dilanggar oleh Nissan Almera.
Adik seorang Wira, gemar bantu orang
Dalam pada itu, Azlan menyifatkan adiknya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik seperti wira kerana gemar membantu orang.
Malah, dia juga menganggap adiknya sebagai wira yang tidak didendang kerana media lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin baharu yang terlibat dalam nahas kemalangan.
Dia juga terkilan kerana tindakan murni adiknya tidak diwarkan-warkan dalam mana-mana berita.
“Adik saya ni memang sifat dia suka bantu orang lain. Kalau dalam kesusahan pun, dia akan utamakan untuk bantu orang susah dulu.
“Saya cuma terkilan apabila tindakan adik saya cuba selamatkan mangsa tidak diwar-warkan dalam mana-mana berita. Saya cuma nak minta jasa baik untuk beritahu yang dia cuba bantu mangsa.
“Sebab tu dalam dashcam (kamera papan pemuka), saya boleh nampak dia tanpa ragu-ragu terus cuba bantu mangsa, tapi siapa sangka, dia pula jadi mangsa kemalangan,” jelasnya.
Di kesempatan itu, Azlan memohon orang ramai mendoakan adiknya dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar.
Dia juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai rakaman video kemalangan yang memaparkan adiknya terbaring atas jalan untuk segera padam atau menurunkan kandungan.
“Saya cuba hubungi individu yang muat naik video berkenaan tapi masih belum ada respons. Ini merupakan arahan daripada pegawai polis sendiri,” pintanya.
Sekadar info, Solat jenazah akan diadakan di Masjid Batu 3, Jalan Bangi, Kajang, Selangor dan akan dikebumikan pada malam ini.
Sumber: FB Takara Sakana, mStar / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.