Bomba berusaha mengeluarkan dua mayat lelaki yang tersepit. -Foto JBPM
SEORANG lelaki yang memandu BMW ditahan polis bagi membantu siasatan kemalangan mengorbankan dua guru di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas, Pulau Pinang pukul 2.30 pagi pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil ujian pernafasan ke atas pemandu BMW mendapati paras kandungan alkohol melebihi yang dibenarkan.
Jelasnya, soal siasat mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu BMW hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua guru.
"Ketika kejadian BMW yang dipandu lelaki tempatan datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala Kepala Batas.
"Manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi datang dari arah Kepala Batas menghala Sungai Lokan, Butterworth.
"Pemandu BMW tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua mangsa yang menaiki Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Tambah Salawati, pemandu lelaki berusia 46 tahun itu dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.
Berikutan kejadian, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Ahmad Hafizi Mohamad di talian 01126967676.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.