Sempena ‘birthday’, Kieda Crepe syukur wakafkan van jenazah untuk kegunaan ramai


Pengusaha pencuci mulut, Kieda Crepe sebak, namun bersyukur kerana akhirnya dapat mewakafkan van jenazah untuk kegunaan orang ramai.

Kieda Crepe syukur, dapat wakafkan van jenazah

Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata, hadiah sebuah van jenazah untuk kegunaan umum adalah hadiah paling bernilai dalam hidupnya bersempena ulang tahun kelahirannya pada Jumaat ini.

Kieda juga meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesenangan sehingga membolehkan dia dan suami mewakafkan van jenazah atas nama Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sg. Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

“Terima kasih Allah izinkan aku senang. Terima kasih izinkan Kieda dan suami untuk merasa nikmat memberi. Semoga dipermudahkan segala urusanku dan diberikan ketabahan setiap hari melalui ujian-ujian dari-Mu, ya Allah.

“Hadiah paling bernilai yang Kida kongsi sempena hari lari Kieda esok. Alhamdulillah,”luahnya syukur.

Kieda berkata, van jenazah yang dibelinya itu adalah bagi memudahkan urusan orang ramai, lebih-lebih lagi masjid berkenaan adalah pihak terlibat dalam menguruskan jenazah arwah bapanya yang meninggal pada Julai lalu.

“Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang paling saya tunggu-tunggukan di mana saya akan melakukan penyerahan van jenazah yang diwakafkan oleh Kieda HQ Pulau Pinang untuk pihak masjid di mana masjid inilah yang menguruskan pemprosesan jenazah arwah bapa saya,”katanya.

Tambah Kieda, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan. Namun, pengusaha muda berusia 25 tahun berdoa agar kebaikan yang dilakukannya ini dapat memberikan keberkatan buat perniagaannya serta buat dirinya dan orang sekeliling.

“Semoga apa yang dilakukan saya ini sedikit sebanyak boleh meringankan dosa-dosa yang telah saya lakukan.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan cuma saya berdoa agar Allah berkati perjalanan rezeki saya, suami dan orang-orang sekeliling saya,”mintanya.

@kiedacrepepenang alhamdulillah atas izin-Nya 🤲🏻 #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang ♬ Syukur Alhamdulillah - Wafiq Azizah

Akui Kieda, tiada apa yang lebih membahagiakan buat dirinya selain melihat orang lain tersenyum gembira dengan kebaikan yang dilakukannya.


Pihak masjid berkenaan juga meluahkan rasas syukur dan berterima kasih kepada HQ Kieda Crepe Penang atas sumbangan van jenazah kepada mereka.

Sumber: Instagram @kiedx_, FB Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sg. Dua, Butterworth, TikTok @kiedacrepepenang / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post