Sudah Lama Terima Ketentuan Tiada Zuriat, Terharu Isteri Hamil Di Usia 40 Tahun


Sudah lama tidak muncul dalam dunia hiburan tempatan, semalam pelakon filem, Taiyuddin Bakar dan isterinya, Zila Zulkifli berkongsikan sebuah berita gembira kepada para pengikut. Setelah mendirikan rumah tangga selama 9 tahun, akhirnya mereka dikurniakan rezeki zuriat yang sangat tidak disangka-sangka.

Umur 40 tahun dah tak fikir, tapi Allah hadirkan

Menerusi video yang dikongsikan oleh isterinya di TikTok, Taiyuddin dilihat sungguh terharu dan terus membuat sujud syukur setelah ditunjukkan pregnancy test dengan hasil positif. Sepanjang menjalani perkahwinan, Zila sebenarnya sudah pasrah dengan ketentuan Allah bila mana mereka masih tidak diberikan rezeki anak.

MasyaAllah, terima kasih semua

Siapa menduga di umur 40 tahun, seorang ‘malaikat kecil’ telah ditiupkan untuk menghuni rahimnya. Dalam komen yang ditinggalkan oleh Taiyuddin, rupanya si isteri sudah selamat melahirkan seorang lelaki pada semalam kira-kira jam 12.40 malam. 17 Jun 2023 merupakan tanggal kali pertama Zila mendapat tahu dirinya sedang berbadan dua. Sebagai rekod, pasangan tersebut dahulunya telah berkahwin pada tahun 2014 di Madinah.

@zilazulkifli Bismillahirrahmanirrahim…. Kami serah sepenuhnya pd perjalanan dan takdir dr mu, Ya Allah buat kami.. kami xde usahakan apa2 pun & saya x pernah ada apa2 keguguran.. ini pertamanya… Alhamdulillah … ♥️ @TaiyuddinBakar #Kasihpagal ♬ Buah Hati - Armada

Nak masuk 9 tahun, tengah ajar hati berdamai dengan takdir…Mungkin Allah nak bagi lebih baik

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dirasai oleh pasangan ini. Kebanyakan insan yang masih dalam fasa TTC juga berharap moga-moga mereka dapat merasai berita baik itu suatu hari nanti.

KREDIT : TikTok Zila Zulkifli / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post