Pihak Perubatan Bedung Ketat Hingga Drip Tak Masuk, Tangan Bayi Gelembung Teruk


Seorang bayi terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan setelah mengalami masalah penurunan kadar oksigen dalam badan. Namun siapa sangka setelah ditahan di pusat perubatan berkenaan, berlaku pula satu insiden lain yang tidak disangka-sangka di mana ia jelas-jelas semakin memburukkan tahap kesihatan anak kecil ini.

Bayi baru berapa bulan, menangis sampai hilang suara

Pendedahan terbabit dibuat oleh wanita bernama @Yunie Yusof di laman Facebooknya sejak semalam hingga meraih ratusan jumlah perkongsian semula oleh netizen. Difahamkan, seorang saudaranya berdepan detik getir bila mana tangan bayinya bengkak teruk gara-gara kecuaian petugas kesihatan yang bertugas waktu itu.

Ini pun gambar waktu tangan dah ‘surut’ sikit

Kerana tindakan membedung bayi dengan terlalu ketat, mereka tidak sedar bahawa aliran cecair drip yang telah dipasang sebenarnya sedang terganggu. Lantaran air yang tidak masuk dengan betul, tangan bayi berkenaan dipenuhi kesan merah, lebam serta menggelembung bermula dari pergelangan tangan sehingga memasuki kawasan jari-jemari.

Kita tengok pun tak tergamak…Maknya nangis tak berhenti risaukan anak

Melihat keadaannya anaknya yang terpaksa menanggung keperitan akibat sikap culas pihak lain, si ibu juga menjadi susah hati. Hingga kini, Yunie tidak mendedahkan secara tepat di manakah kejadian itu berlaku. Namun dia berharap semoga di masa akan datang, perkara sebegitu tidak terjadi di mana-mana pusat perubatan sekalipun.

KREDIT : Facebook Yunie Yusof / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post