8 Anąk Kumpul Duit 20 Tąhun Untuk Bąwa Ibu Tunąikan Hąji. MąsyąAllah

Di zaman yang ramai kurang mementingkan hubu ngan kekeluargaan ini, sangat menakjubkan membaca kisah 8 anak soleh ini…. Peng0r banan 8 anak lelaki yang bersama-sama mengumpulkan duit selama 20 tahun untuk menunaikan impian ibu mereka menunaikan haji dalam keadaan terbaik semampu mereka.

Kesemua mereka berlumba-lumba memenangi hati ibu mereka melalui bakti dan khidmat yang bukan mudah untuk dilakukan dalam keadaan serba kekurangan.

Akhirnya kesemua mereka sepakat pergi haji bersama!

Kita mungkin berebut-rebut menolak giliran menjaga orang tua pada adik beradik lain atas alasan kerja dan sibuk yang tidak berkesudahan, atau hanya menyerahkan urusan khidmat orang tua pada adik beradik yang senang sahaja, atau tidak berusaha menunaikan impian orang tua atas alasan tidak mampu.

Subhanallah, 8 orang anak soleh ini sebaliknya berebut-rebut mahu menjaga ibu kesayangan mereka ini, sehingga akhirnya terpaksa dicadangkan penggiliran 2 anak setiap hari yang menjaga serta memenuhi keperluan ibu mereka di tanah suci.

Demi Allah, bukan mudah mendapat pahala besar berbakti pada orang tua di kala usia emas mereka, kerana bakti seorang anak itu diuji pada suatu urusan yang menyanggahi keinginan sendiri demi keinginan orang tua. Betapa sukarnya melawan emosi dan kepentingan duniawi demi berbakti.

Alangkah malangnya kita diberi kesempatan bersama ibu bapa yang sudah tua, namun tidak dapat menjadi tiket kita ke syurga. Sabda Nabi SAW:

رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ! قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا، ثُمَّ لَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ

“Alangkah rugi! Alangkah rugi! Alangkah rugi!”. Baginda ditanya: “Siapa (yang rugi) itu wahai Rasulullah?”.

Jawab baginda: “Sesiapa yang sempat hidup bersama ibu bapanya ketika mereka tua, atau salah seorang mereka, namun dia tidak dapat masuk syurga” [riwayat Muslim]

Kredit: Kamilin Jamilin – Seni Hadith via mysumbermaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini