Ejek Nąma Mąk Bąpąk, Sentuh Isu Peribądi, Ini Jenis Buli MentąI Yąng Pątut Kitą Hąpuskąn

Kata orang, lidah manusia lebih tajam dari mata pedang. Jika anda melayari media sosial setiap hari, pasti ada saja kita terbaca komen-komen atau kenyataan yang tidak sedap mata memandang. Mak kau hijaulah, mak kau birulah, macam-macam!

Sebenarnya perkara ini merupakan satu budaya yang sangat tidak sihat kepada masyarakat sekeliling kerana ia boleh dianggap sebagai salah satu bentuk pembulian.

Namun, masih ramai belum sedar tentang perkara ini kerana pembentukan mentaliti yang menganggap buli hanyalah berbentuk fizikal seperti bergaduh dan memeras ugut.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter berkenaan seorang lelaki yang menyentuh isu buli mental agar lebih diketengahkan oleh masyarakat.

Kesihatan mental merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Namun, ia boleh dijejaskan bila-bila masa sekiranya ia digugat oleh pembulian emosi secara berpanjangan.

Thread yang dikongsi oleh pengguna @omarfaayiz menitikberatkan berkenaan jenis-jenis buli mental yang dilihat masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sama-samalah kita muhasabah diri dan elakkan benda-benda ni, ya?

Budaya ‘pulaukan’ kawan

Siapa je akan suka bila kawan-kawan yang lain pinggirkan kita, kan?

Mana-mana individu yang pernah kena ‘pulau’ dengan kawan mereka lain pasti akan terkilan dan rasa diri mereka tidak cukup baik untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.

Perkara ini akan menjejaskan kesihatan mental individu tersebut, membuat mereka mula fikirkan keburukan diri mereka lalu mengakibatkan masalah overthinking.

Sentuh isu peribadi

Perkara ini paling sering berlaku dalam masa kini, lebih-lebih lagi di media sosial. Kebiasaannya isu ini timbul apabila berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

Apabila tidak ada lagi hujah yang rasional, satu pihak akan mula menyentuh isu peribadi seperti bodyshaming, mengejek nama ibu bapa atau memberi kenyataan kurang enak berkenaan bangsa dan agama.

Walaupun dengar macam kebudak-budakan, namun perkara ini lebih banyak berlaku dalam kalangan orang dewasa. Lagi teruk, isu peribadi yang diketengahkan tak ada kena mengena pun dengan pergaduhan asal.

Kita tidak tahu bagaimana reaksi yang akan tercetus dari pihak lain sekiranya isu peribadi mula dimainkan. Boleh jadi pihak tersebut akan lebih marah dan mula mengamuk. Ada masanya, ia mungkin akan menjadi trigger kepada seseorang untuk melakukan perkara yang tidak kita ingini.

Jadi batu api hingga akibatkan perbalahan

Sebuah pergaduhan akan berlarutan dengan lebih lama jika terdapat orang yang sengaja melaga-lagakan kedua-dua pihak. Menjadi ‘batu api’ dalam perselisihan faham juga boleh dianggap sebagai salah satu bentuk buli.

Hanya kerana kita tidak bersetuju dengan satu kenyataan, tak semestinya kita perlu menghasut orang ramai untuk turut ikut pandangan peribadi dan mengecam pihak yang lain. Ini menjadikan pihak yang dikecam untuk rasa ditindas, sekaligus menjadikan kita membuli tanpa sedar.

Banyak kesan buruk yang akan menimpa individu yang dibuli mental secara konsisten, seperti depresi, gangguan pada rutin makan harian dan sukar untuk tidur. Oleh itu, Min harap semoga satu hari nanti budaya toxic ini akan berjaya dipadam dalam kalangan kita.

Bersama kita lebih peka dalam menjaga kesihatan mental masing-masing, ya?

Sumber: Twitter dan MKN / lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini