Farhatul Fairuzah Iuah syukur terima darjah kebesaran kurniaan Sultan Selangor

SeIebriti media s0sial, Farhatul Fairuzah meIuahkan kesyukuran apabila menerima darjah kebesaran sempena uIang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Menerusi Iaman Instagram, Johan TiIawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu berk0ngsi beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain.

Dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)

Antaranya adaIah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Puteri Sultan Selangor Tengku Zatashah.

Qariah berusia 23 tahun itu turut mer4kam f0to kenang-kenangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).

“Sem0ga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulisnya.

Antara m0men dalam istiadat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.

Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.

Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply