[VIDEO] Jumpα k0tαk rαhsiα di rumαh mentuα, isteri bαcα kuαt-kuαt surαt cintα suαmi untuk bekαs-bekαs kekαsih – “Sαyα pun sαIαh se0rαng ex diα”

‘CINTA m0nyet’ amat sin0nim terutama sekaIi dengan peIajar di peringkat sek0lah menengah.

Sudah semestinya setiap ‘pasangan kekasih’ pada zaman itu memiliki kenangan manis dengan berbaIas surat cinta dan bertukar hadiah.

Bagaimanapun setelah meningkat dewasa sudah pastinya kita meras4kan m0men zaman cinta m0nyet itu sebagai sesuatu yang Iucu dan mungkin juga memaIukan.

Begitulah apa yang terjadi kepada Siti S0lehah Ismail Shah, 31, apabila menjumpai surat-surat cinta di zaman persek0lahan milik suaminya, Muhammad Hafiz Adnan, 31, semasa mereka berdua mengem4s rumah.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu kami balik kampung beIah suami dekat Kuantan. Saya dan suami nak toI0ng mak dan ayah mentua saya kemas barang untuk pindah. Mereka nak pindah rumah di Melaka.

“Jadi masa balik tu saya tol0ng kemas di bahagian bilik. Kemudian terjumpa satu k0tak yang agak buruk. Jadi saya pun keIuarkan nak teng0k apa ada dalam tu.

“Bila buka k0tak tu saya tengok ada surat-surat cinta, kad raya, hadiah, dan patung kecil. Macam-macam jenis hadiah ada dalam tu,” jelasnya yang mesra disapa Siti.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, segala barang di dalam k0tak tersebut adalah milik suami, kakak dan abang iparnya pada zaman mereka bercinta di sek0lah.

Menurut Siti, kebanyakan surat yang dijumpai itu sebenarnya adalah milik suami yang dipuIangkan semula oleh bekas-bekas kekasih setelah mereka putus cinta.

“Saya jumpa banyak barang milik suami dan adik-beradiknya yang lain. Jadi masa kemas tu ada diari dan surat cinta. BiasaIah orang dulu-dulu bercinta ni sentimental sikit sebab main tukar-tukar hadiah dan surat.

“Saya tak usik barang yang lain cuma buka surat cinta suami tulis dekat ex dia saja. Saya baca satu per satu surat tu dengan nada kuat sebab kelakar. Mak mentua yang dekat dapur masa tu terdengar dan menyampuk tanya surat siapa tu. Itu yang saya tergelak sampai tak boleh kawal dalam vide0 tu.

“Saya OK je baca semua surat tu. Saya rasa terhibur sangat baca penulisan suami sebab dulu masa sekolah saya tak ada main surat-surat cinta macam ni. Tapi suami pun OK je saya baca depan dia cuma terpaksa tahan malu kena bahan sajalah,” jelas Siti.

Menurut Siti yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor ini, kotak yang dijumpai itu dianggarkan disimpan sejak sekitar 2007 semasa suaminya di sekolah menengah.

Tambah wanita yang bekerja di agensi takaful ini, dia sendiri tidak tahu berapa ramai sebenarnya bekas kekasih suaminya di zaman persekolahan.

Malah, wanita ini turut menceritakan bahawa dia sendiri merupakan salah seorang bekas kekasih suaminya suatu ketika dahulu.

“Saya tak tahu berapa orang ex suami ada dulu sebab dia tak pernah pula cerita satu per satu. Cuma dia ada beritahu yang dia ada banyak bekas kekasih sebab ramai yang tergila-gilakan dia dulu.

“Sebenarnya saya pun salah seorang bekas kekasih suami. Kami bercinta masa tingkatan 2 pada 2005 sebab pernah pergi kelas tambahan yang sama. Tapi biasalah cinta monyet jadi beberapa bulan saja bertahan lagipun kami berbeza sekolah.

“Selepas lost contact tu, kami dah tak berhubung sampai saya bekerja di Kuala Lumpur. Kebetulan masa 2017 kami jumpa semula sebab dia nak jual insurans Takaful dekat saya jadi kami pun berkawan semula. Dua bulan lepas tu dia terus ajak saya bertunang,” jelas Siti yang telah melangsungkan perkahwinan pada 16 Februari 2018.

Mengenai video yang menjadi tular di TikTok, wanita ini tidak menyangka rakaman tersebut mendapat perhatian warganet.

Bagaimanapun, jelas Siti, segala surat dan barangan tersebut telah ‘selamat’ dibakar oleh suaminya sendiri sebagai bukti yang dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap bekas-bekas kekasihnya dahulu.

SUMBER : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini