KEN𝙰 TINDIH W𝙰KTU TIDUR, Apa Y𝚊ng Anda Perlu Bu𝚊t ? Inilah Caranya

KENA TINDIH WAKTU TIDUR, Apa Yang Anda Perlu Buat ? Inilah Caranya
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan cemas ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda:

Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati, Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.,Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.,Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.,Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.,Ubah posisi tidur.,Cara Mengelakkan Ditindih.

Kibas tilam sebelum tidur,Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur,Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur, (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur),Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh,Membaca ayat kursi sebelum tidur,Istighfar,Bismillah 21 kali,Tidur dilambung kanan,Jangan Tidur Terlentang,InsyaAllah ikhtiar.

Artikel lain: Ayat Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ditindih

Boleh dikatakan hampir semua orang pernah ‘kena tindih’ dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Ianya ada juga disebabkan oleh gangguan psikologi apabila seseorang itu stress. Dan tidak ketinggalan juga adalah gangguan makhluk halus iaitu jin. Dan biasanya, kita akan kena tindih sewaktu tubuh kita terlampau letih, ditambah lagi kita tidur dalam keadaan tidak baca ayat AlQuran dan doa, serta di waktu-waktu yang tidak sesuai (terutamanya sebelum maghrib – waktu syaitan bertukar syif).

Sebaik-baiknya kita berusaha lah mencegah terlebih dahulu, iaitu sebelum tidur pastikan membaca ayat Kursi, 3 Qul dan doa sebelum tidur. Serta berzikir setakat termampu.

Tetapi di sini saya mahu beritahu jika kita sudah terlanjur, dah kena tindih dah pun. Maka apa yang perlu dibaca ketika itu untuk melawannya dengan baik?

Tak perlu lah kita baca ayat Kursi atau apa-apa ayat AlQuran ketika itu , kerana minda kita pada ketika itu adalah separuh sedar. Maka kemungkinan besar kita akan tersilap tajwid dan bacaan kita pun berterabur. Jika kita baca AlQuran berterabur dan tidak betul tajwid, maka jin yang tindih kita itu pula yang akan ikut sama membaca. Dan makin syok lah dia mendodoikan kita dengan ketindihan itu.

Maka apa yang terbaik untuk dibaca? Yang terbaik untuk dibaca hanyalah ‘Allahu akbar’. Sebut saja Allahu akbar atau Allah Maha Besar. InsyaAllah mana-mana jin yang tindih itu akan serta merta lari dengan hanya menyebutnya sekali atau beberapa kali.

Ini sama lah jika anda terserempak dengan hantu (jin) di mana-mana, maka mula-mula sekali laungkan lah kalimah ‘Allahu akbar’ itu. Kerana syaitan dari golongan jin itu amat TIDAK SUKA kepada kalimah membesarkan Allah itu.

Dan selepas itu jika anda mahu baca ayat Kursi atau ayat-ayat Ruqyah pun baca lah, untuk menghindari jin itu dari datang kembali.

Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)
Meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali, adalah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya.”

Sumber : kehidupansatupersinggahan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini