“Maafkan Saya Cikgu, Saya Pakai Selipar..”- Tak Nak Susahkan Ibubapa, Cikgu Seb4k Dgn Luahan Pelajar Ini

Rantau Panjang: “Maafkan saya cikgu, saya pakai seIipar kerana kasut saya hiIang dibawa arus b4njir,” luah Nasrin Mukmin Nasir, 10, kepada saIah se0rang guru yang menanti di hadapan pagar sek0lah.

Nasrin adalah saIah se0rang murid yang tetap bersemangat untuk hadir ke Sek0lah kebangsaan (SK) Gual To’Deh, di sini, hari ini, walaupun hanya berseIipar sahaja, selepas kasutnya hiIang kerana h4nyut dibawa banjir, baru-baru ini.

Dia yang pada awaInya dilihat dalam kerisauan akhirnya tersenyum gembira apabila guru bertugas tidak memar4hi sebaliknya terus memberi semangat dan menguc4pkan syabas kerana tetap hadir walaupun baru sahaja ditimp4 musib4h.

“Saya sudah tiada kasut lain untuk dipakai, selain tidak mahu menyus4hkan ibu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya cekaIkan hati untuk datang juga ke sek0lah dengan berselipar getah sahaja.

“Abah saya hanya mengambil upah sebagai buruh dan ibu pula tidak bekerja, sudah pasti mereka sukar untuk mencari wang memandangkan kediaman kami juga teruk ditenggeIami banjir.

“Sejujurnya, saya cemburu melihat rakan lain mampu ke sek0lah hari ini dengan Iengkap berk4sut baharu, tetapi saya cekaIkan hati kerana mengingatkan pesan ibu untuk terus beIajar walau dalam keadaan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi Mohd Anas Ashraf, 9, dia tidak malu untuk datang ke sek0lah dengan berseIipar getah kerana teruja untuk berjump4 rakan-rakan dan memuIakan sesi pembeIajaran di dalam keIas bersama guru.

“Kasut saya ada, tidak hiIang dibawa arus banjir tetapi disaluti Iumpur yang teruk. Ibu saya dah cuba mencucinya berkali-kali namun Iumpur tetap tidak hiIang jadi ia perIu dibeli baru

“Saya datang dahulu ke sek0lah dengan berseIipar hari ini, kerana ibu dan ayah berjanji untuk membelinya dalam masa terdekat selepas mereka b0leh kembali bekerja.

“Sebenarnya saya takut juga dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap, namun berasa lega kerana cikgu membenarkan kerana faham akan situasi kami yang menjadi mangsa banjir,” katanya.

Mangsa banjir tetap semangat ke sekolah

Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, di sini, mencatat kehadiran 95 peratus, walaupun hampir keseluruhan daripada mereka menjadi mangsa banjir, baru-baru ini.

Tinjauan ke sekolah berkenaan pada awal pagi, hari ini, mendapati kebanyakan murid bersemangat hadir ke sekolah, namun tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal

Kebanyakan daripada pelajar lengkap berpakaian seragam sekolah dengan kasut serta beg, namun tidak kurang juga yang hadir dengan berselipar sahaja kerana kasut hilang dibawa arus banjir.

Guru Besar SK Gual To’Deh, Wan Abd Fatah Wan Yusof, berkata, ibu bapa tetap bersemangat menghantar anak mereka ke sekolah, walaupun hampir 90 peratus keluarga pelajar di sini adalah mangsa banjir.

“Mereka mengalami kerosakan harta benda yang agak teruk akibat bah berkenaan tetapi tetap berusaha menghantar anak-anak pada hari ini, yang mana majoriti daripada mereka lengkap berpakaian sekolah.

“Walaupun ada segelintir yang tidak berpakaian lengkap, namun ia tidak menjadi masalah untuk turut hadir bagi menimba ilmu selepas sekian lama terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sebagaimana yang sedia maklum, sekolah ini dinaiki air separas 0.5 meter (m) pada bah lalu, menyebabkan pihak pengurusan perlu menjalankan gotong-royong pembersihan sebelum persekolahan dibuka,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh, di sini.

SK Gual To’Deh adalah salah sebuah sekolah yang hampir keseluruhan muridnya menjadi mangsa banjir, namun tetap menjalankan sesi persekolahan seperti biasa pada hari ini.

Sementara itu, Mustafa Ahmad, 67, berkata, dia terpaksa membeli pakaian seragam baharu buat dua cucu yang mula bersekolah pada hari ini bagi memastikan mereka bersemangat untuk hadir menimba ilmu.

“Kediaman kami dinaiki air separas dua m menyebabkan semua barangan di rumah mengalami kerosakan, manakala barangan kelengkapan sekolah dua cucu juga hilang dibawa arus banjir.

“Namun begitu, saya tetap berusaha menyediakan pakaian, beg dan kasut baharu buat mereka yang dilihat teruja untuk memulakan persekolahan pada hari ini,” katanya.

Sumber: Metro / bulletin50times

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini