P𝚎ląjar Tająan Mąjl𝖎s Agama Islam Neger𝖎 Sembilan (MAINS) M𝚎ninggąl Dun𝖎ą Di Mąghr𝖎bi Ak𝖎bąt L𝚎uk𝚎mią

Pelajar Tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Meningg4l Dunia Di Maghribi Akibat L3ukemia

PENUNTUT Malaysia di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi, Mohd Hafizuddin Hazrul, 20, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd akibat leukemia sejak 3 November lalu meninggal dunia, 10.50 malam tadi.

Bapanya, Hazrul Abdullah, 50, berkata, dia mengetahui kejadian selepas dihubungi anak sulungnya, Siti Hajar Hazrul, 21, yang turut mengikuti Pengajian Islam di universiti yang sama bagi tahun kedua. “Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medical check up’ (ujian kesihatan).

“Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan. Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, rakan arwah ada memberitahu sebelum arwah ke hospital itu dia mengalami demam dalam tempoh beberapa hari.

“Disebabkan masih tidak sembuh, rakannya membawa dia (arwah) ke hospital pada 3 November lalu sebelum doktor menempatkan dia di ICU hospital berkenaan. Lebih memilukan apabila doktor mengesahkan Mohd Hafizuddin menghidap leukemia yang mana keadaannya dilihat semakin lemah,” katanya.

Hazrul berkata, pada 9 November lalu dia ke sana (Maghribi) bagi melawat anaknya itu dan pulang semula ke Malaysia, Isnin lalu. “Arwah yang juga penuntut tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan dikebumikan di Kampung Bintungan, Rembau, Negeri Sembilan.

“Buat masa ini, Kedutaan Malaysia sedang menguruskan proses untuk membawa pulang jenazah yang dijangka tiba Isnin atau Selasa ini,” katanya. Harian Metro pada 8 November lalu melaporkan, Hazrul meminta orang ramai mendoakan kesihatan Mohd Hafizuddin agar dia dapat meneruskan semula pengajiannya.

Sumber: Harian Metro via majalah-harian.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini