Perlukah ada wuduk ketika menyentuh aplikasi al-Quran dalam telef0n?

DALAM dunia milenial pada hari ini, boleh dikatakan segala kemudahan serba canggih dan lengkap untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Ia termasuklah juga aplikasi al-Quran yang boleh dimuat turun ke dalam telef0n bimbit masing-masing.

Jadi, kita sepatutnya tidak lagi menggunakan alasan tidak semp4t membaca al-Quran kerana kemudahan itu boleh didapati menerusi peranti sendiri.

Benar, ia sesuatu yang memudahkan, namun adakah penggunaan aplikasi al-Quran itu perlu dimuliakan sepertimana mushaf kalam ALLAH itu sendiri?

Wajibkah kita untuk mempunyai wuduk semasa membawa telefon bimbit yang mengandungi aplikasi penuh 30 juzuk al-Quran itu?

Bagi menjawab persoalan itu, sebenarnya tidak wajib untuk kita mempunyai wuduk ketika membawa atau menyentuh telefon bimbit, tetapi disyaratkan ada wuduk apabila ingin menyentuh tulisan yang tertera ayat-ayat al-Quran apabila aplikasi tersebut dibuka untuk dibaca.

Firman ALLAH SWT: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-mahkluk yang diakui bersih suci.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 79)

Selain itu, aplikasi al-Quran tidak dihukumkan sama dengan mushaf al-Quran khusus sewaktu aplikasi berkenaan ditutup.

Namun, kita tetap perlu menjaga kehormatan ayat-ayat suci al-Quran daripada tercemar.

Jika ingin ke tandas, tiada masalah untuk membawa telefon bimbit berkenaan bersama, tetapi pastikan aplikasi al-Quran berkenaan tidak dibuka sebelum memasuki tandas.

Kepada mereka yang ada aplikasi al-Quran dalam telefon bimbit, sila ambil maklum tentang perkara-perkara itu ya.

Apapun jua keadaannya, sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kemuliaan kalam ALLAH itu.

Video Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus

(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini