PILU,Sab̷ar 3 Tahun Tun̷ang, Isteri Aj̷aI Di P̷angkuan Su̷ami Lepas 30 Minit Berk̷ahwin

Membayangkan akan mempunyai anak dan hidup bersama sampai ke usia tua, begitulah gambaran yang ada di benak fikiran pasangan pengantin selepas bernikah. Walau bagaimanapun jika takdir sudah tertulis, tiada sesiapa dapat menghalang perpisahan yang disebabkan oleh asbab ajal. Seorang suami ini juga berdepan pengalaman yang cukup memberikan trauma apabila menyaksikan sendiri pemergian isteri tersayang depan mata.

Pengantin telefon ayah…Luahkan rasa bahagia dapat kahwin lepas 3 tahun tunang

Ketika kejadian tragis itu berlaku, pasangan mempelai berkenaan dikatakan pulang ke rumah mereka sekitar 25-30 minit selepas tamat acara perkahwinan. Bahkan sebelum itu, pengantin perempuan bernama Nadia Taha sempat menelefon si ayah dan begitu bahagia berkongsikan perasaan gembira kerana selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki tercinta selepas 3 tahun mengikat pertunangan.

Bapa saksikan anak ajal dalam baju pengantin

Melalui laporan @middleeastin lagi, keadaan bertukar panik kerana Nadia dipercayai mengalami heart attack lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami. Si bapa bergegas datang ke apartmen berkenaan dan hatinya ibarat berkecai 1001 melihat anak tersayang terbaring kaku dalam persalinan pengantin yang belum ditukar. Jelas rakannya, wanita terbabit tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik dan nampak sihat sahaja.

Nadia penghafal Al-Quran & sering solat awal waktu

Masih berusia 20 tahun, pemergian tragis itu terus ditangisi keluarga dan rakan terdekat. Dedah si bapa lagi, Nadia merupakan seorang penuntut jurusan di institusi pendidikan keagamaan dan juga menghafal kitab suci Al-Quran. Bahkan Allahyarhamah juga patuh terhadap suruhan Islam termasuklah sentiasa solat di awal waktu.

Kredit : Portal middleeastin / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini