S𝚎mpąt Puląng Ke Rumąh, Angg0ta Tent𝚎ra Hampir Rebąh Lihat J𝚎nąząh Ibu

Sudah menjadi kebiasaan bagi anggota tentera yang terpaksa berpisah daripada ahli keluarga demi menjaga keamanan negara. Atas dasar tanggungjawab, mereka banyak kehilangan saat berharga bersama orang tersayang, terutama ibu bapa.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang anggota tentera di Indonesia ini yang pulang ke rumah dalam keadaan pilu, apabila si ibu telah menghembuskan nafas terakhir, lapor portal merdeka.com semalam.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram @sahabatsurga, anggota yang lengkap berpakaian seragam itu dilihat menangis hiba dan terus melulu mendekati jen4z4h si ibu sebelum ditenangkan oleh orang sekelilingnya.

Sekuat mana pun seorang tentera, pasti akan rapuh…

View this post on Instagram

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Rakaman video berdurasi 30 saat itu memaparkan pemuda tersebut tidak dapat menahan sebak, malah seolah-olah meraung dan menunduk sambil memandang wajah 4rwah ibunya.

Meraih lebih 600,000 tontonan, rata-rata warganet turut sebak melihat momen meruntun jiwa itu selain menitipkan doa agar pemuda berkenaan tabah menjalani kehidupan tanpa ibu tersayang.

Difahamkan, pada asalnya video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga anggota tentera @aris_m.r_matondang pada Oktober lalu dan kembali menjadi tular dalam kalangan netizen Indonesia.

Sumber: Instagram @sahabatsurga via OhMyMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini