Sudąh Ląmpirkąn Surąt D0ktor Tąpi Gągal R𝚎ntąs Neg𝚎ri, Gądis T𝚎rkiląn P𝚎m𝚎rgiąn Ayąh

Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran merentas negeri, pihak polis telah pun mengetatkan syarat dengan hanya meluluskan pelepasan bagi urusan kematian, kecemasan serta pasangan PJJ. Pun begitu, masih ada yang sukar untuk mendapatkannya walaupun keadaan sudah mendesak.

Abah call minta tolong bawa pergi rawatan betulkan tapak dialisis…Jadi pergilah nak mohon rentas
Semalam, saudari Aida Najwa baru sahaja berkongsi ceritanya sendiri yang pernah cuba untuk memohon kebenaran rentas negeri gara-gara si ayah yang bernama Nasir Nordin tidak sihat di kampung. Waktu itu, lelaki tersebut meminta tolong untuk membawanya ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan dialisis.

Dah bagi sebanyak mungkin dokumen untuk buktikan ayah tak sihat…Tapi pihak polis tak bagi
Memandangkan saudara yang lain kebetulan ada hal manakala adiknya pula tidak mempunyai lesen, jadi sudah tiada cara lain. Akan tetapi, percubaan Aida untuk minta kebenaran di balai polis gagal apabila pihak berkenaan mendakwa bukti itu tidak cukup kuat. Sedangkan segala surat membuktikan si ayah tidak sihat serta kad Orang Kurang Upaya (OKU) sudah dilampirkan.

Dan akhir sekali, tak dapat pun jumpa Abah sampailah akhir hayat dia…Perginya pada bulan mulia
Gara-gara kegagalan itu, ayah kepada Aida sempat berkecil hati. Tetapi semalam, Aida mendapat perkhabaran ayahnya telah pulang ke rahmatullah tanpa sempat dijenguk. Sehingga kini, gadis berkenaan masih lagi terkilan dengan apa yang terjadi.

Sumber: Facebook Aida Najwa / bbnunews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini